sumber http://sembangkomputer.com
Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:
NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart
Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.
Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari komputer orang lain dan letakkannya di dalan C:\ anda. Pastikan komputer rakan anda itu menggunakan versi Windows yang sama.
Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail, ye tak? Ok, saya ada sedikit tips untuk anda. Masukkan fail ntldr dari komputer rakan anda tadi ke dalam pen drive. Kemudian, hidupkan komputer anda dengan menggunakan Live CD Ubuntu atau Slax (atau mana-mana Live CD yang lain). Dengan Live CD ini anda boleh buka partition C:, dan masukkan fail ntldr dari pen drive tadi.
Untuk keterangan yang lebih menyeluruh tentang masalah ntldr ini, anda boleh rujuk Computer Hope.