sumber http://sembangkomputer.com
Anda hidupkan komputer anda, dan cuba untuk membuka Windows. Namun, apa yang anda dapat lihat hanyalah skrin hitam dengan mesej ini:
NTLDR is missing
Press Ctrl Alt Del to Restart
Sekiranya anda dapat mesej seperti ini, besar kemungkinan masalah adalah berpunca dari fail NTLDR yang rosak. Jangan bimbang, dan jangan format komputer anda lagi kerana masalah ini sangat mudah untuk diselesaikan.
Apa yang perlu anda buat adalah copy fail C:\ntldr dari komputer orang lain dan letakkannya di dalan C:\ anda. Pastikan komputer rakan anda itu menggunakan versi Windows yang sama.
Tapi Windows tak boleh nak buka, macam mana nak copy fail, ye tak? Ok, saya ada sedikit tips untuk anda. Masukkan fail ntldr dari komputer rakan anda tadi ke dalam pen drive. Kemudian, hidupkan komputer anda dengan menggunakan Live CD Ubuntu atau Slax (atau mana-mana Live CD yang lain). Dengan Live CD ini anda boleh buka partition C:, dan masukkan fail ntldr dari pen drive tadi.
Untuk keterangan yang lebih menyeluruh tentang masalah ntldr ini, anda boleh rujuk Computer Hope.
Showing posts with label Komputer. Show all posts
Showing posts with label Komputer. Show all posts
Thursday, March 12, 2009
Menyelesaikan Masalah “NTLDR is Missing”
Labels:
Komputer
Thursday, December 4, 2008
Pro evolution soccer 2009

ha..aku ney peminat setia PES. so aku nak bagi sket komen tentang game favret aku ni.PES2009 memang best gile. tak sia-sia aku tunggu. kuar pulak waktu minggu exam. tapi minat punya pasal, faham-faham je la...(budak laki konfem faham).hehe...
ni serba sedikit overview tentang PES2009

minimum :
- Windows XP SP2, Vista
- Intel Pentium 4 1.4 GHz
- 1 GiByte RAM ( aku punye RAM 512 jerk coz lg 1 terbakar tapi still boleh je men PES ni dalam high reso.haha..nasib baek)
- 6 GB hard disk space
- GeForce FX or Radeon 9700th Pixel / Vertex Shader 2.0 and 128 MiByte VRAM.
- 800 x 600 display resolution
Mode :
1.Mode Be A Legend telah diperkenalkan.Cipta seorang pemain,bermula dari bawah (stamina,kelab,skill) dan menimba pengalaman untuk menjadi yang terbaik.
2.Champion league Mode-lebih kurang yang exhibition je cuma versi champion league(video intro Champion league dgn sket perbezaan kat bar-bar nama pemain & waktu permainan)
3.Master League ada sedikit penambahbaikan pada bahagian negotiation.
Jersi:
1.Manchester United dan Liverpool sahaja mempunyai jersi sebenar dlm EPL.
2.Majoriti kelab dlm Liga Sepanyol tidak lagi mempunyai jersi sebenar berbanding PES08.
(p/s: jangan bimbang pasal kits ni.cari je patch pastu simpan dalam folder PES. settle..huhu. ni salah satu patch download
Overall :
1. Realistik. Tambahan aksi pemain angkat tangan minta bola. Ada tambahan Stadium Wembley.Petr Cech dah pakai sarung kepala.


2. Bunyi. Suara pengulas sama macam pes2008. Suara penonton & pemain perlahan dari PES2008. Baru la real.haha
3. Grafik. perghh..texture kat muka lagi detail. Texture kat bola sangat real.Effect blur pun lagi cantik. Lebih fokus pada pemain.

4. Menu sempoi berbanding menu pes2008 yang gempak.
5. Gameplay. lagi senang nak wat skill dan menggelecek gune butang gerakan.Cristiano Ronaldo dah tak buat skill banyak sangat tapi gaya free kick dah ada.

6. Edit mode. Tambahan fungsi untuk edit muka yang discan.boleh la letak muka sendiri dalam tu.hehe. Belum ubah lagi perpindahan yang terbaru.(pandai-pandai la ubah sendiri yerk.Januari nanti kena ubah lagi.baik tunggu patch untuk player je)
Kesimpulannya,
PES 2009 memang game bolasepak paling hebat setakat ni.FIFA 09 pun tak boleh lawan...tak rugi kalau main.opss..silap.rugi kalau tak main.

p/s; harap lepas ni Konami boleh tumpu pada grafik lagi.bagi rambut & baju nampak lagi natural..huhu
Labels:
Komputer
Blue screen of death (BSoD)

Masalah blue screen pada komputer memang selalu terjadi pada semua orang. Banyak punca yang boleh menyebabkan blue screen. Artikel ni aku petik dari http://www.azumass.com
BSoD boleh terjadi disebabkan beberapa punca berikut : -
1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi BSoD ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.
2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, Windows Stop Error akan terjadi…Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…
3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab BSoD ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengan Vista ini.
4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut…Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.
5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot…Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan…Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna…
6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka…Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan BSoD..
Labels:
Komputer
Monday, December 1, 2008
Cara-cara format komputer & install Window Xp
Berikut merupakan cara-cara mudah bagaimana untuk format komputer anda. Sumber ini saya ambil dari laman web sembangkomputer.com. Bagi yang sudah mempunyai Windows XP pada komputer sebelum ini, anda disarankan untuk tidak menyimpan data-data penting pada partition utama (biasanya Local disk C) termasuk driver untuk komputer anda kerana semua data akan hilang sekiranya partition tersebut telah diformat. Berikut adalah langkah-langkah untuk format komputer anda;
- Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
- Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
- “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
- “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
- Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
- Sekiranya Hard Disk anda:
- masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
- tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
- Buat satu partition dengan menekan butang C.
- Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
- Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan sekali lagi: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
- Tekan butang C untuk setuju.
- Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER. (p/s Kalau nak cepat pilih NTFS (Quick)
- Tekan butang F untuk format Hard Disk.
- Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
- Selepas restart, komputer akan install Window XP seperti di bawah.
Install Windows XP
- Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
- Masukkan nama anda dan klik butang Next.
- Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
- Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
- Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
- Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
- Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
- Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.
Mula Menggunakan Windows XP
- Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
- “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
- Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
- Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
- Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
- Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
- Klik pada butang Finish.
- Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
- Selepas selesai, bolehlah anda mula install driver-driver yang diperlukan dan seterusnya perisian asas yang anda perlukan.
Bagi kawan-kawan yang selalu nak format sebab virus, cuba ikut langkah-langkah yang telah yang hitamkan diatas. Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri .
Selamat Mencuba. ^_^
Labels:
Komputer
Subscribe to:
Posts (Atom)