Thursday, December 4, 2008
Blue screen of death (BSoD)
Masalah blue screen pada komputer memang selalu terjadi pada semua orang. Banyak punca yang boleh menyebabkan blue screen. Artikel ni aku petik dari http://www.azumass.com
BSoD boleh terjadi disebabkan beberapa punca berikut : -
1. Serangan Virus atau Spyware
Virus dan Spyware boleh menyebabkan komputer anda dalam risiko yang tinggi menghadapi BSoD ini..Ia menyerang komputer anda tanpa anda sedari..Virus atau spyware ini boleh menyerang BIOS, Driver Device [Pemacu Peranti] yang membawa kepada kerosakkan pada fail-fail didalamnya.
2. Perkakasan Yang Gagal Berfungsi
Sekiranya perkakasan atau peranti komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya atau rosak, Windows Stop Error akan terjadi…Ia termasuk juga masalah CPU terlalu panas…
3. Perisian Yang Gagal Berfungsi
Perisian yang mempunyai masalah ketika proses pemasangan [install]…Perisian ini mungkin mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan Windows kerana semasa proses pemasangan terdapat fail-fail yang telah rosak..Perisian yang tidak serasi dengan Windows juga boleh menyebab BSoD ini, contohnya Vista memerlukan perisian yang hanya dibangunkan khas untuk sistem operasi ini sahaja dan jangan sesekali install perisian yang tidak boleh beroperasi dengan Vista ini.
4. Device Driver [Pemacu Peranti]
Apabila perkakasan baru dipasang pada komputer dan pemacu perantinya tidak sesuai, salah atau tidak dikemaskini untuk perkakasan tersebut…Ini akan menyebabkan perkakasan tidak dapat berkomunikasi dengan baik dengan Windows.
5. Startup Error
Perkakasan gagal, driver rosak, corrupt file volume, system misconfiguration dan jangkitan virus boleh menyebabkan windows tidak boleh beroperasi ketika proses boot…Semua error akan dipaparkan sebelum Windows dipaparkan…Ketika proses boot, Windows tidak dapat berkomunikasi dengan fail-fail yang berkaitan dengan sempurna…
6. Registry Error
Kerosakan pada Registry boleh terjadi dengan tidak dijangka…Windows Registry ini mengandungi suatu sistem konfigurasi yang lengkap termasuk konfigurasi perkakasan dan device driver..Sekiranya terdapat ralat pada sistem Registry dengan mudah ia menyebabkan sistem tidak berfungsi dan menyebabkan BSoD..
Labels:
Komputer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment