Thursday, December 4, 2008

Pro evolution soccer 2009


ha..aku ney peminat setia PES. so aku nak bagi sket komen tentang game favret aku ni.PES2009 memang best gile. tak sia-sia aku tunggu. kuar pulak waktu minggu exam. tapi minat punya pasal, faham-faham je la...(budak laki konfem faham).hehe...
ni serba sedikit overview tentang PES2009

Keperluan komputer :

minimum :

- Windows XP SP2, Vista
- Intel Pentium 4 1.4 GHz
- 1 GiByte RAM ( aku punye RAM 512 jerk coz lg 1 terbakar tapi still boleh je men PES ni dalam high reso.haha..nasib baek)
- 6 GB hard disk space
- GeForce FX or Radeon 9700th Pixel / Vertex Shader 2.0 and 128 MiByte VRAM.
- 800 x 600 display resolution

Mode :

1.Mode Be A Legend telah diperkenalkan.Cipta seorang pemain,bermula dari bawah (stamina,kelab,skill) dan menimba pengalaman untuk menjadi yang terbaik.

2.Champion league Mode-lebih kurang yang exhibition je cuma versi champion league(video intro Champion league dgn sket perbezaan kat bar-bar nama pemain & waktu permainan)

3.Master League ada sedikit penambahbaikan pada bahagian negotiation.

Jersi
:

1.Manchester United dan Liverpool sahaja mempunyai jersi sebenar dlm EPL.

2.Majoriti kelab dlm Liga Sepanyol tidak lagi mempunyai jersi sebenar berbanding PES08.

(p/s: jangan bimbang pasal kits ni.cari je patch pastu simpan dalam folder PES. settle..huhu. ni salah satu patch download

Overall :

1. Realistik. Tambahan aksi pemain angkat tangan minta bola. Ada tambahan Stadium Wembley.Petr Cech dah pakai sarung kepala.

2. Bunyi. Suara pengulas sama macam pes2008. Suara penonton & pemain perlahan dari PES2008. Baru la real.haha

3. Grafik. perghh..texture kat muka lagi detail. Texture kat bola sangat real.Effect blur pun lagi cantik. Lebih fokus pada pemain.

4. Menu sempoi berbanding menu pes2008 yang gempak.

5. Gameplay. lagi senang nak wat skill dan menggelecek gune butang gerakan.Cristiano Ronaldo dah tak buat skill banyak sangat tapi gaya free kick dah ada.

6. Edit mode. Tambahan fungsi untuk edit muka yang discan.boleh la letak muka sendiri dalam tu.hehe. Belum ubah lagi perpindahan yang terbaru.(pandai-pandai la ubah sendiri yerk.Januari nanti kena ubah lagi.baik tunggu patch untuk player je)

Kesimpulannya,
PES 2009 memang game bolasepak paling hebat setakat ni.FIFA 09 pun tak boleh lawan...tak rugi kalau main.opss..silap.rugi kalau tak main.

p/s; harap lepas ni Konami boleh tumpu pada grafik lagi.bagi rambut & baju nampak lagi natural..huhu

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails