Friday, December 19, 2008

Mimpi Ular-Pasangan hidup?

Assalamualaikum w.b.t buat semua,

Post kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang tafsiran mimpi mengenai ular. Tiba-tiba terdetik hati pulak nak tahu pasal tafsiran mimpi mengenai ular bila tengok post seorang dari blogger kita nih. Lagipun sebelum ni,aku selalu je mimpi pasal ular. Mula-mula buat-buat tak layan je. Pastu bila dah banyak kali mimpi pasal ular,aku pun try la cari tafsiran tentang mimpi ni. Puas aku cari buku pasal tafsiran mimpi, saje nak tengok tafsiran die. Nak kata percaya tu,tak la sampai 100% percaya. Lagipun ramai orang cakap mimpi ni mainan tidur je kan.huhu...pasal mimpi ular ni, aku selalu mimpi kena patuk pastu mimpi banyak ular keliling tempat tidur aku. Memang takut gile. Tuhan je yang tahu. bukan sekali kena macam tu. aku pula memang takut sangat dengan makhluk tuhan yang satu ni.Aduihh..cari punya cari,aku jumpa la tafsiran mimpi pasal ular ni.ni tafsiran die

Tafsiran mimpi mengenai ular :

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular
yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.


Wah..terkejut juga bila tengok tafsiran mimpi ni..ingatkan petanda buruk.kalau petanda buruk,aku akan cuba meyakinkan diri yang mimpi hanya mainan tidur..haha..rupa-rupanya ada kaitan tentang pasangan hidup.banyak buku tafsiran yang tulis akan dapat pasangan yang baik dan pasangan kita tu dah ada depan mata.lagi bertambah gembira la hidup aku.

Tapi yang peliknya,bila aku dah tau pasal tafsiran mimpi pasal ular ni, aku langsung dah tak mimpikan ular yang aku "harapkan" ni..haha.sedih2..

Pastu aku pun terfikir semula pasal tafsiran sebenar tu. Siapa la tak gembira kalau dapat pasangan yang baik kan, tapi layak ke aku kalau dapat pasangan yang solehah. Cerita yang aku kongsikan kat atas ni bukan isu utama yang aku ingin huraikan. Teringat pada ungkapan yang sering kudengar.

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w".

Tersentak aku seketika. Kegembiraan aku tadi akhirnya membawa aku menelusuri segenap hati aku untuk mencari kembali dan menilai diri aku dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang aku harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk aku di Luh Mahfuz lagi?sedangkan aku sendiri tidak pasti adakah aku layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah?

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."-Surah An-nur, ayat 26.

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan "perompak" pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan. Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin.Sekian.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
Wallahualam.

(p/s:kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur...hehe)


100 comments:

  1. salam...dlu pown sy pernah gak mimpi psl ulr, 2 kali plak 2...anyway, skang da taw mksud die...thanks btw :-)

    ReplyDelete
  2. salam ziarah...
    kbtln t'gerak nk xplore blog ni..mnarik n byk info b'gne.ttg isu ni, sdikit p'kongsian pndgn. ats dsr iman dan kyakinan bhw Allah itu Maha Pemurah lg Maha Pnyayang, Insyaallah, xde ape yg mstahil.bykkn lah b'doa dan m'dktkn diri pd Allah sbb yg memegang hati2 dan jiwa mnsia itu adlh Rabbul Izzah,Pencipta yg Esa.
    t'tarik sy pd kata2 ust Hasrizal@saiful Islam,~erti hidup pada memberi~ means b'baktilah ke arah kbaikan tnpa m'harapkan blsn sbb ssuatu yg baik pasti mnyusul dlm hidup si pemberi..inginkan yg baik2, maka jadilah yg TERBAIK..!!insyaAllah..
    ingt JANJI Allah; llaki yg baik utk wnita yg baik, dan sebaliknya..bknkah nabi jnjungan SAW dh b'pesan bhw DOA itu snjata plg ampuh bg org2 mkmin?? =)
    p/s; sng2 ada wktu free, jom rramai imarah kn surau..pkat g rrmai.progm2 kliah mgrib yg seruan orgnize pn ada..hihi.

    ReplyDelete
  3. sy pernah mimpi ular sembur racun ke badan sy ketika sy berusaha membunuhnya..pastu sy lihat wajah seorang sahabat saya yang meminati sy..adakah orang itu jodoh sy??

    ReplyDelete
  4. dulu semasa di unveristi saya mimpi didatangi ular dan ternyata 3 bulan lepas tu saya kahwin walaupun pada masa itu tidak punya cewek. Kini saya hidup bahagia dengan pasangan saya. Tetapi semalam saya bermimpi dipatuk ular yang berwarna warni dan ini membawa saya ke laman ini untuk mengetahui tafsirannya. Saya tidak mencari isteri lain tapi samada kita mahu atau tidak apa-apa yang sudah ditakdirkan akan berlaku juga dan jika berlaku kita hanya pasrah dan bertekad untuk menjadi orang yang baik.

    ReplyDelete
  5. Dulu saya memang pernah mimpikan ular berbisa, sekarang saya empunya isteri yg cantik, baik lagi sporting. Namun malam tadi, saya sekali lagi mimpikan ular dikaki isteri saya. Apa pulak maksud mimpi yg macam tu ye

    ReplyDelete
  6. Ada beberapa kemungkinan
    1.Mengikut tafsiran lain, bila anda telah bernikah dan bermimpi akan ular, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
    2.Dan sekiranya bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.(mungkin ada orang yang memusuhi isteri anda)
    3.Yang terakhir,ada yang menyatakan itu petanda bahawa ada seseorang meminati isteri anda.
    Tapi jangan terlalu mempercayai sangat tentang tafsiran mainan tidur ini.Allah lagi Maha Mengetahui..
    Wallahualam

    ReplyDelete
  7. Haziq ,ini yang terbaru saya dapat
    "Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup"
    semoga berbahagia :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum
    nak tanya kalau ada dua ekor ular yang tiba2 keluar dari tempat persembunyian kerana dikacau seekor ular sawa pendek berekor 3 tiba2 macam hendak menerkam kerana ketakutan tetapi sempat mengelak setelah itu berlari ke pangkal jalan tiba2 ada nampak ular panjang sedang berlingkar dan hendak menerkam tapi sempat mengelak dan terjatuh harap en dapat terangkan.

    ReplyDelete
  9. salam...pada mulanya sy bermimpi kene kjar ngan ular....n then skung ni sy da tw da ape mksudnya....2 mggu pas tu...sy mmpi kene patuk..mcm yg sy jngka...si dia nk dtg merisik..yg mnjd masalh skung ni adlah kluarga dri pihak sy...sbb sy ni msuh blaja lg...si dia kata..si dia snggup tggu shingga abis blaja...mcm mne sy nk ckp dgn keluarga sy????

    ReplyDelete
  10. Slm. sy pn ingn bty.. ttg kmusykilan sy.. krn smlm r tmimpi ular mematuk peha knn sy.. kbykn blog myatakn itu petanda jodoh..psoaln sy, ada x description lain yg lg dtail utk tfsirn tsbt, cthnya, ular jns apa, wrna, saiz, n then patuk di mana.. maaf andai soalan x relevan..

    ReplyDelete
  11. miss q: kisah kamu hampir sama dgn kisah sy...bg sy,lebih baek anda b'trus terang dengan keluarga...jgn smpai semuanya terlewat

    Anonymous: mimpi ular itu sndiri banyak melambangkn pasangan hidup tidak kira jnis warna atau saiz...tp sekiranya ular yang b'warna warni menandakan kebahagiaan bakal menjelma..

    p/s : tak salah kalau cuba mencari maksud disebalik mimpi,tp biarla diikuti dgn doa & yakin pd ketentuanNya..

    ReplyDelete
  12. Thx bro 4 ur sharing...actly i wonder gak, coz my sis said ular ni haiwan yg mbahaya...so dikatakn sbg haiwan yg jht..bkaitn ngn mimpi ular tu, meaning ade org nk wt jht kt kite..tu yg sy tkompius skek...

    ReplyDelete
  13. memang ada juga yang berpendapat macam tu..ular selalu dikaitkan dengan jin..tapi ular selalu dikaitkan dengan jodoh atau kebahagian sekiranya hadir dalam mimpi...Wallahualam..
    apa-apa pun,lebih baik kite berfikir positif disamping yakin dengan ketentuan Ilahi...InsyaAllah moga-moga diberikan petunjuk yang jelas..

    ReplyDelete
  14. baru jer mimpi kena kejar dgn ular
    pastu terus terjaga.. and then try sambung tdo balik.. tp mimpi td bersambung
    terus tak tdo2 dah.. takut sgt...

    ReplyDelete
  15. sy mimpi ular tiap2 mlm sejak ahkir2 nie. 1st tue ular warna hitam kejar sy tp sy lari. tp ular tu tetap kejar sy. mimpi lain2 pulak, bnyk ular tengah berkumpul mase sy nak lepaskan diri dari hutan. sy x jadi larikan diri tp terus g masjid ambil wuduk. sy mimpi ular masok surau keesokan harinya. kdg2 pening sy mimpi ular jer. sy takut ade maksud yg tak baik dari mimpi tue. sy kompius ler..

    ReplyDelete
  16. Saya juga pernah mengalami mimpi ular yang sangat kerap dahulu..sebab mimpi ular yang berulang la membuatkan saya tertarik untuk m'dapatkan makna walaupun bukan boleh dipercayai spenuhnya...tp yang pasti setelah berbulan-bulan slps itu, akhirnya saya menemui seorang insan yang menghiasi hidup sy..perkara tersebut dtg tanpa diduga & baru2 ini pula sy b'mimpi ular berwarna warni(petanda kebahagiaan akan terpancar), saya akui yg saya bahagia bersamanya skrg dan moga2 smpai bila-bila...InsyaAllah, saya akn menjaga hubungan ini sampai menjadi ikatan yg sah...
    Wallahualam

    ReplyDelete
  17. salam,dah byk kali mimpi ular, mendorong sy untuk mencari makna mimpi tersebut.tahun lepas saya ada mimpi ada seekor ular sedang memerhati tapi sy tutup ular tersebut dengan sesuatu.selepas tu, beberapa bulan kemudian sy mimpi melihat beratus-ratus ular dikawasan lapang diseberang sungai, salah seekor ular melompat kearah saya.sume ular tersebut pendek-pendek blake.dan yang terbaru, sy mimpi 3 ekor ular, seekor ular sedang bermain-main, seekor bersembunyi dicelah dahan pokok dan seekor lagi sdg berehat. tiba2 ular yang sedang bermain mematuk tangan sy, dan saya telah merntap tangan sy sehingga kepala ular terputus.sebelum ni sya ada mimpi dikejar harimau.bila sya cari maksud mimpi tersebut ada bermaksud jodoh dan ada yg mengatakan sihir.maaf soalan terlampau panjang.harap ada yg sudi berkongsi maksudnya.

    ReplyDelete
  18. salam...buat pngetahuan saudara/i, saya hanya berkongsi pengalaman mengenai mimpi saya...apa yang saya alami, mimpi ular itu telah m'bawa saya menemui insan yang akan saya jdkn pasangan hidup sy. InsyaAllah...hampir 1tahun yang lepas saya mengalaminya dan selepas lama saya menunggu akhirnya hati saya terbuka menerima seseorang dengan begitu mudah & teratur.
    Mengenai mimpi harimau,
    kebetulan saya baru mengalaminya baru-baru ini...saya dapati maksud mimpi ini adalah akan ada pekerjaan/pekerjaan anda semakin baik. Selepas beberapa hari, saya telah menerima panggilan temuduga untuk kerja..semua yang berlaku adalah kuasa Ilahi.
    kita hendaklah yakin dan sentiasa berdoa padaNya agar sesuatu yang terjadi adalah baik untuk kita..Oleh itu,perbanyakkan amalan & mohon diberi petunjuk olehNya
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum,
    pada bulan ramadhan yang mulia, saya bermimpi seekor ular sawa jelas dan terang mengigit tangan saya, dan saya menjerit....sebelum itu pada tahun 2006 saya pernah juga bermimpi ular sawa albino melilit dan ketika ia mahu mematuk saya terus terjaga. dua mimpi yang berbeza dan minpi tuh berlaku pada bulan 8 thn 2006..puas saya mencari tafsir mimpi...mmg banyak mengatakan bahawa ia jodoh...tapi tahun 2006 merupakan tahun yg paling banyak melukakan hati begitu juga tahun 2007...namun saya sabar...cuma yang membuat saya percaya bahawa tuhan ingin menyampaikan maksudnya dalam mimpi saya pada bulan ramadhan, saya berfikir sejenak mustahil ianya mainan tidur kerana pada bulan mulia setan dah kene gari, keesokkannya juga saa bermimpi saya masuk ke sebuah kelas yang sukar dikawal oleh seorang guru.tiba2 seorang pk(bangsa cina) sedang berjalan jalan dan bertanyer kepada guru tersebut kenapa saya ader dalam bilik darjah itu. sedangkan ketika itu saya masuk kerana guru tuh tak mengawal kelas dengan begitu baik dan saya mendengar luahan budak .. saya dimarahi oleh pk tersebut mengatakan saya memfitnahkannya...tapi saya marah mengatakan dengan pernyataan yang dikuarkan dr mulutnyer dan saya memintanyer memohon maaf. dia sedar kesilapannya namun masih tidak memohon maaf dr saya..saya juga bermimpi yang saya sedang diobserve oleh bekas guru saya melihat kelas yang di ajar oleh saya kucar kacir.keesokkan hari nyer saya mendapat baik dalam pencerapan saya(realitinya)...semuanya mimpi pada bulan ramadhan. moga moga saya mendapat pujian dr pihak atasan...cuma pada pandangan tuan puan sendiri terhadap mimpi pada bulan ramadhan...itu yg ingin saya dengar dr anda adakah ianya masih lagi mainan tidur???

    ReplyDelete
  20. untuk pngetahuan saudari,mimpi mempunyai bermacam-macam jenis...Dalam suatu hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): "Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau."
    Mengikut Islam,mimpi yang baik boleh dihebohkan,tapi mimpi yang buruk tidak. Sekiranya saudari yakin dengan mimpi ular berkait dengan jodoh,maka bersabarlah dan banyakkan memohon doa pada Ilahi. Mengenai mimpi berkaitan guru itu, bagi pendapat peribadi saya mimpi itu tidak lebih dari hanya mainan tidur dari fikiran saudari.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  21. sy merupakn entry yg bertarikh 9 september,8.18 pm.. ketika penulis memberitahu akan kemungkinan maksud mimpi sy, sy berfikir sejenak. sy sudh mempunyai teman istimewa dan telah menjalinkan hubungan selama 2 tahun. apabila sy membaca kemungkinan maksud mimip sy, sy terfikir apakah kebahagiaan atau jodoh yg sy perolehi sedangkan sy sudh memepunyai teman lelaki. tapi ALLAH itu mengetahui semuanya. setelah banyak maslah yg timbul, sy break dgn teman lelaki sy. ketika itu, hati sy lega. perasaan sdih tetap ada tp sy teruskan hidup sy. sy mengambil kptsn untuk pts kerana atas tidak sefahaman kami dalam menjalinkan hubungan. setiap yg terjadi ada hikmahnyaa.. ALLAH tahu apa yg terbaik untuk umatnya..

    ReplyDelete
  22. kita merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya..mungkin ada hikmah disebalik kejadian..kuatkanlah semangat saudari, mungkin jodoh anda sedang menunggu diluar sana.. jodoh yang telah ditentukan untuk anda di Luh Mahfuz sejak azali lg...apa yg paling penting buat masa sekarang, dekatkn diri denganNya.. InsyaAllah mudah-mudahan jodoh anda akan tertarik pd anda jika anda sentiasa bersamaNya..
    Wallahualam..

    ReplyDelete
  23. salam... ini kali pertama saya mimpikan ular n membuatkan saya berasa sgt risau..saya mimpikan seorg lelaki y muda dtg ke rumah membuat sebuah rumah kcl sepertu rumah burung.. di dalam nya terdapat banyak ular.. ular2 itu dignkan untuk merawat org2 di rumah saya.. saya sendiri apa sbnrnya pnykt mereka. tp mereka tidak klhtn sprti org y skit.. di dlam bks y mgndungi ular itu, kluar 2 ekor ular yang berwarna kuning.. sebesar ular sawa.. tp ular trsbt seolah2 jinak pd mulanya.. dan sy memgng ekor kedua2 ular itu sambil diperhatikan o tuannya dgn snyum.. tb2.. saya mlht dlm mimpi saya, saya bersama ibu saya y agak ketakutan dgn seekor ular kecil y berwarna merah..sy memukul ular tersebut di kpla berulang2 kali. tetpi ular2 tersbt ttp hdp wlpn kpla nya tlh hncr.. mkn bnyak ular y mncul n semua nya saya lkukan dgn perkara y sama n perkr y sama jg terjd dgn kpla ular tersbt..saya lht ayh saya pulang dr satu tmpat n saya kabarkan terdpt bnyak ular dirumah.. dihanya myrh saya memukul ular trsbt.. ttp y menghairankan saya..hanya saya y berada dlm keadaan ktkan sdgkan semua org seprti tidak merasa apa2.. n ketika bermimpi, sy merasakan saya membnh semua ular trsbt dgn prsn geli n ingin mlndg klrga saya.. mimpi itu berlku pd wktu sblm sbh.. itu y mmbgkan saya...

    ReplyDelete
  24. salam wbt, syukran utk tafsiran nih.. byk bnd yg sy dpt tahu dr yg sy x tahu sblm nih..

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum,, saya adasatu persoalan. Jikalau bermimpi ular bermaksud ada yang akan datang meminang, atau berkaitan dengan jodoh, bagaimana pula jika seorang lelaki bermimpi sedemikian?

    ReplyDelete
  26. Teiman kasih atas perkongsian ilmu daripada saudara dan saudariku sekalian... Allah Maha Mengetahui... Syukran Jazilan

    ReplyDelete
  27. Saya pun pernah mimpi di patuk ular besar tahun lalu...yang sedihnya selepas 3 bulan ...suami saya menceraikan saya kerana tergilakan perempuan lain...so..mimpi saya tu tak ada makna..tapi Allah masih lagi memberi kekuatan pada saya utk meneruskan hidup.

    ReplyDelete
  28. hai..boleh saya tahu...dari tuan blogger ni,atau sesiapa sahaja yang boleh memberikan pendapat kamu,
    saya ada seorang kawan, seorang Atheist,iaitu seseorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan. seumur hidupnya yang saya tahu, dia tidak pernah bermimpi ynag bukan2 atau tidak pernah langsung bermimpi. Tetapi pada satu hari, dia tidur awal lebih kurang jam 7, dia ceritakan pada saya, yang sewaktu dia tidur itu, dia didatangi mimpi yang amat aneh sekali,iaiatu dia boleh melihat jasadnya sendiri yang MATI. tetapi dia tak boleh buat apa2 atau sentuh sesuatu hanya mampu melihat relative nya sahaja yang sedang berkabung atas kematiannya yang dia tahu dia mati kerana ditembak, anehnya dia boleh merasai keadaan itu separa sedar....dia juga rasa lemah sgt..tapi taklah selemah yang seperti org lumpuh... dis juga takboleh bersuara hanya boleh memerhati shj keadaan itu. seolah2 itu adalah masa depan yang akan dia lalui nanti..

    ada sesiapa tahu tentang maksud mimpi ini? saya perlu tahu adakah Tuhan memberinya HIDAYAH? ataupun sekadar Mimpi yg tak bermaksud apa2?

    ReplyDelete
  29. aya mimpi 2 ekor ular..yang sedang menyusur di dalam sungai..ketika itu ular tersebut sedang menuju kearah 2 org yg sedang mandi manda. saya memerhatikan sahaja. tetiba salah seekor ular tersebut berhenti, dan kepala ular tersebut mengembang, sah ular tedung..tetiba ular tersebut memacukan kepalanya kearah saya untuk mematuk..manakala seekor ular lagi, saya dapat rasekan sedang melilit ke kaki saya, saya menjerit dengan kuat dan terus terjaga..sambil megusap kaki saya.
    azmi.nasran@yahoo.com

    ReplyDelete
  30. sy penah mimpi ular bbrapa thn lps..ular tue agk bsr..wrne hijau..tp die cume mmrhatikan sy..wt sy rs gerun nk tdo kt blk tu.ms tu kt ostel.ular tue duk bwh katil romate sy.ble dh ktakutn sgt, sy tsedar..tp b'ulang kali tgk kt kali tue..nk pstikan sma ada sy mimpi ke x..selang bbrp bulan lps tu, sy mimpi lg..ular wrna-wrni belit sy..dek ktakukn sy mnjerit..hehe..sy cume doakn agr tu cume mainan tdo..krn xlama lps tu sy pts dgn die.dn mlm td sy mimpi lg ular..wrna htm..yg buat sy rs takot krn kt dlm mimpi tu 4 ekor ular diarahkn unt mngejar sy..tp hny 1 je yg kejar sy smp sy bjaya mnghalang ular tsebut dr mngejar sy..mnariknye ular tu blh mngeluarkn api melalui mulutnye..wt sy rs agk risau krn bimbang ade org bniat xbaik pd sy..

    ReplyDelete
  31. maaf pada semua...disebabkan terlalu ramai yg tidak m'gunakan nama samaran (anonymous), terdapat kesukaran utk sy & yg lain utk berkongsi pendapat scra khusus...tp sy cube berkongsi pendapat scra umum pd sume... ilmu mngenai mimpi memang ad dlm islam. ap yg sy kongsikn disini adalah penglamn sy tp xpula bermakna sumenya benar.
    mimpi ular banyak dikaitkan dgn pasangan hidup tp ad juga yg mengaitkan dgn gangguan yg xelok cthnya gnguan dr makhluk jin.

    utk pengetahuan lanjut tntg ilmu tafsiran mimpi..sila rujuk http://inkuiri.blogspot.com/2009/09/tafsiran-mimpi-menurut-islam.html

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum....
    Saya nak tanya.nie pertama kali saya mimpi ular dalam hidup sy,sy bermimpi ular tu belang hitam dan kuning,bg sy ular sgt berbisa,jd sy tangkap ular tu dan buang bisa nyer,tak tahu mcm mana ular tu tiba2 kejar sy dlam umah,semua situasi tu berlaku dalam rumah,ular tu mengeliling ibu ayah sy dan adik beradik sy kemudian bila ular tu ternampak sy dia kejar sy,sy takut sgt dalam masa tu,tiba2 sy terpaksa mendiam kan keran takut ular tu patuk sy kalau bergerak tapi yg anehnyer ular yg berbisa tu terus ke peha saya dan terlena dibangku saya dan dia tak patuk pun..dah tu sy terjaga dari tido..harap balas..wasslam

    ReplyDelete
  33. as salam...

    sy penah pergi ke satu tmpat peranginan dan menginap di chalet tersebut semalaman,sy tipu mak n ayah gtau sy lepak umah kwn,sy keluar mlm 2 n blik jam 2-3 pagi,keesokannya sy blik umah n xde pape y blaku,soknya plak mak sy tanya sy tido dmana n gtau sy tido d umah kwn,n mak sy ckp dia de mmpi ular putih n ular hitam bgaduh...sy jd takut n risau ngn mmpi mak sy..sy menyesal sgt coz da tipu mak sy tp sy x berani nk bterus terang..ape makna mimpi mak sy 2 ye??

    ReplyDelete
  34. salam..

    mimpi ular tiap kali mengganggu waktu tidur sy..smlm sy bermimpi dikejar 3 ekor ular tedung..sy hmpir dipatuk..then sy mimpi sy berkahwin..namun mukanya tidak jelas..apakah makna mimpi sy 2?? wassalam..

    ReplyDelete
  35. Malam kelmarin dulu,sy tlh bermimpi ular sawa cuba memakan ular senduk dlm sebuah sangkar.petanda apakah itu.?

    ReplyDelete
  36. hum.. yke mimpi ular maksd yg elok?
    humm. sy pnah mimpi ular byk kali
    paling menakotkan. sy mimpi ular sebesar anaconda membelit sya dan hmpir mkn..
    sy mjerit ketakutan dlm mimpi tu.. shgaa menagis... jeritan sy didgari kawan sy. naseb baik kwn sy gerakkn. sy mcitakan kpd ibu sy. ibu btaya kpd seorang yg bolh mlhat bnda halus. dia mgatakan setan meruipai ular. tanda nya dri kite byk dgn dosa. n lg 1 ada musuh disebaliknya. maksdnya ada org niat jahat pada kta.

    ReplyDelete
  37. tp d kawan cakap, d orang berilmu bg tahu de, kene patuk ular maksudnya ada orang nak buat bende tak baik pada kita..contohnya sihir.. nauzubillah... moga dijauhkan..

    ReplyDelete
  38. salam..
    baru2 nie sy mimpi ular berwarna hitam yg agak besar. namun ular tue tidak mematuk sy. dan dlm mimpi tue juga, ular tsebut tercabut kepalanya & masih boleh bgerak dan terus mengekori sy. Selang 3hari, sy mimpi ular lg. tp bkn ular hitam & juga tidak mematuk sy. Apa maksud mimpi sy tue? adakah petanda tidak baik?

    ReplyDelete
  39. hi...smlm saya brmimpi tentang saya brlari seolah2 dikejar...time tu saya nampak anak kucing yg sgt comel...kemudian saya nampak pintu..bile saya buka pintu saya nampak ular itam yg sgt2 besar memandang ke arah saya..dan saya trjaga dr mimpi..ape maksud mimpi saya...adakah jodoh saya??sila hurai kan mimpi saya

    ReplyDelete
  40. slm..sy dah byk la jgk mmpi sal ular ni..1st sblom sy msuk unvrsti lg,sy mmpi dikejar ular..n bru2 ni lak sy mmpi ade ular yg myorok brdkatan sy n abg sy cuba halang ular trsbut n then ular pn kluar dr tmpt prsmbunyian..lg sy mmpi ular nk mmbelit sy..sy lari2 smp la jmp sesorg yg nshatkn sy jgn lari dr ular 2,bg je ular 2 nk lilit badan sy kjap je xnk patuk..n sy xnk.ermm yg trbaru lak sy mmpi ade2ekor ular berdkatan sy,ular trsbut mmblit badan sy n slh sekor ular cm seolah2 mncium muka sy tp xpatuk..
    knp pe??sy rasa pelik nape byk kali mmpi sal ular..tp sy pn xpcya sgt sal tfsiran mmpi ni..ape pndapat ??

    ReplyDelete
  41. smlm buat pertama kali saya bermimpi tentang ular. saya telah pun berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. dalam mimpi tersebut saya dikelilingi oleh smua org sedang bermain2 dengan ular termasuk rakan2 dan saudara2 saya sendiri. dalam mimpi tersebut saya amat geli dgn ular namun saya terpaksa melalui laluan tersebut. tiba2 adik saya telah memasukkan ular kecil ke dalam baju saya melalui colar baju t-shirt. saya pun cuba mengeluarkan ular tersebut kerana geli. belum sempat ular itu keluar dari baju saya, saya pun terbangun.

    ReplyDelete
  42. sy xpnh mmpy ular,,terase nk mpy ular pulak ble bace blog ni,,ble ntah sy nk dpt jodoh,,:)

    ReplyDelete
  43. para pembaca sekalian, sebenarnya mimpi ular ni bukan saja terhad pada jodoh. Jika mimpi tu datang dr Allah, insyaAllah berita baik yang anda perolehi. Tapi ingat mimpi ular jugak boleh jadi klau kita baru mengalaminya pada dunia nyata. Itu tak lebih dari mainan tidur semata-mata.
    Tapi, mimpi ular juga dikaitkan dengan jin.
    Oleh itu, berhati-hatilah. Jangan terlalu percaya dengan mimpi. Cume jika petanda baik, kita doa dan usahakan. Jika tidak, minta dijauhkan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui. Wallahualam

    ReplyDelete
  44. salam,

    kalau ikut ilmu perubatan islam, mimpi ular tiada kaitan dengan jodoh pun. Ia bermaksud ada jin yang mengganggu. Dalam beberapa riwayat nabi menceritakan jin boleh merupa ular. Wallahu'alam.

    p/s: pasai apa yang ulaq tu boleh dikaitkan dengan jodoh aarrh?

    ReplyDelete
  45. salam...
    nasib baik jumpa blog ni.. nak tau sngt maksud mimpi ular ni..

    dulu sy ada mimpi ular besar sngt kejar sy ..sungguh dasyat terasa benar je mimpi tu.. then after tu sy terus dirisik oleh someone yang cukup sempurna dalam hidup sy..

    tapi baru2 ni sy mimpi ular lagi..
    tapi ular tu mula2 kecik sngt.. after sy bg makan apa tah tetibe dia jadi besar sngt then pastu sy lari lintang pukang.. apakah maksudnya tu.. boleh x bgtau sy..tkasih...

    ReplyDelete
  46. salam..
    sy rase tertarik dgn tafsiran mimpi ni walaupun xdela 100% percaya..sy penah beberapa kali bermimpi dikelilingi mayat yg dh siap dikapan..smp penah dalam 2 mimpi sy, kalau x silap,sy mmg boleh dikatakan hidup dgn mayat berkapan ni..dalam mimpi2 tu semua bende yg sy nampak dperbuat dr mayat berkapan ni..kerusi tmpt sy duduk,bantal tidur sy..mmg sangat meyeramkn..tp smp sekarang sy masih belum jumpa maksud disebalik mimpi2..ade sesiape leh kongsi pendapat, pengalaman @ idea x??..terima kasih sy ucapkan..

    ReplyDelete
  47. Salam pemilik blog,

    Baru baru ini saya ade bermimpi tentang ular... Sewaktu sya berada di tepi sebuah rumah tiba2 saya terlihat seekor ular yang telah pucat lesi tapi masih bergerak-gerak manakala badannya pula telah putus dua (separuh dari badannya hingga ke ekor telah hilang seperti baru dimakan oleh sesuatu)..

    Jika ada sesiap disini yang boleh membantu tafsirkan mimpi sy...

    Thanks

    ReplyDelete
  48. Salam...
    Termasuk semlm,sudah 3 kali saya bermimpi ular.Ini yg menemukan saya dgn blog ni bagi mengetahui maksud disebalik mimpi ular yg saya alami tu..kebanyakkan komen diatas menyatakan bermimpi ular ada kaitan dgn pasangan hidup atau jodoh...diharapkan doa saya selama ni dimakbulkan Allah SWT...Amin :)

    ReplyDelete
  49. Slm. sy mmpi berada di tempat yg sgt asing n melarikan diri dr sesuatu yg xpsti.. Ble keadaan agak tenang n slmt sy teruskan langkah kaki perlahan2. Tibe2 ade seko ular dtg n patuk sy. Sy tgk kt kaki ade 3 kesan merah. So pe mkne mmpi ni.. nk tau sgt sb ade kwn ckp gguan jin n ia bukn petnda baik. Ade kwn ln ckp org nk msuk minang. Tp nk tau sgt mkne die ape...tq..
    dream_girlZ_88@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. salam...kebelakangan ni sy sering mimpi ular...perkara ini membuatkan sy takut nak tido lama-lama...sy slalu mimpi ular kejar sy...sy lebih banyak larikan diri daripada bunuh ular itu....ape makne mimpi sy ty???

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum..
    apakah maknanyer or maksudnyer jika sy dan pasangan sy bersama ternampak ular melintas ke semak dan kami berlari menjangkakan kami dikejar tp rupanyer tidak.
    aperkah maksudnyer.
    assalamualaikum..

    ReplyDelete
  52. salam.. i had a dream pasal ular.. then teringat org mengaitkan mimpi ular dgn jodoh.. then i googled then terjumpa ur blog.. betul laa kata brother Azrul.. apa kaitan ular dgn jodoh? heheh.. so saye presume benda ni cuma mainan syaitan semata..

    ReplyDelete
  53. asaalammualikum...mlm tadi saya mimpi ular..ada ular yang berbisa nak masuk rumah saya..saya dan ibu saya berusaha menabur ubat ape sya x pasti...tp ubat untuk mengusir ular dari memasuki rumah saya..apakah maksud mimpi tersebut?adakah mimpi buruk?..
    aienn_aj@yahoo.com
    gulz nk tau sgt2...harap da sape2 leh tlg..

    ReplyDelete
  54. ASSALAMUALAIKUM...
    SY NK TNYA KALAU ADA SAPE2 YG BOLEH EXPLAIN..
    SY SERING BERMIMPI ULAR..
    DAN YG TERBARU SY BERMIMPI ULAR BERWARNA HITAM GELAP MASUK DALAM RUMAH...THEN SY DAN IBU BERUSAHA MENGHALAU ULAR TU MENGGUNAKAN BULUH..TETAPI ULAR ITU TETAP ADA...

    ReplyDelete
  55. Assalamuaikum,sy nak tanya..kebelakangan ini suami saya kerap kali brmimpi dikejar ular.Seingat saya,dalam bulan ni dah masuk 4 kali dia mimpi dikejar ular.Apakah maksud mimpi tu yer???Harap2 ada yang boleh tolong beri pengertian ttg mimpi tersebut..

    ReplyDelete
  56. salam, nak tanya apa maksud mimipi saya ne. 1st time saya mimpi ular dkejar ular bwarna kuning then 2nd time saya mimpi ternampak ada sepasang ular siluman bercumbu2-an di air.

    ReplyDelete
  57. salam.sy pn dah byk kl mimpi ular..dlm thn 2010 blh dikatakan lbh dr 5 kali sy mimpi ular..dlm thn 2011 ni dh 3 kali sy mimpi ular..sy mimpi ular bpasangan blumba2 ke arah sy, dan da jugak sy mimpi ular melilit dikaki sy dgn memakai crown di kepalanya..

    ReplyDelete
  58. salam.slalu sgt mimpi psl ular..tp die x kjr saya.die just lilit kat pokok.smlm sye mimpi ulr masuk dlm sbuah rumah banglo..banglo tu cantik sgt n dkt dpn pintu banglo tu ade ular besar warna kuning tgh lilit kat pokok..try cr maksud mimpi ni ...tp x jmp...

    ReplyDelete
  59. sebulan yg lepas sy ada mimpi melihat ular besar...kali nie sy mimpi ular besar lg...tp kali nie mimpinya agak berlainan...sy & org ramai yg x dkenali sedang bejalan atas tembok besar lg tinggi merentasi sungai yang ada ular tersangat2 la besar giler...salah sekor nak menggigit sy tp sempat ditahan oleh seseorg...apakah maknanya ya??

    ReplyDelete
  60. ape mkne jika kita bermimpi ular warna hijau??

    ReplyDelete
  61. saya nak tnya sikit bleh? sy ada masalah keliru plih jodoh..ada 2 org yg melamar saya..sorang nama A dan sorg lagi nama H.sminggu sy buat istiqarah tp dua org tu hadir dlm mimpi tp dlm keadaan yg berbeza..sy keliru masih tak dapat jawapan..selepas seminggu tu mak sy bermimpi yg "sy tidur dalam lilitan ular putih yg besar,ular putih yg besar tu ibarat llaki yg mlamar sy yg bernama A.dlm mimpi tu die mnunggu kputusan jawapan dari mak saya,mak saya bercakap dgn ular tu supaya blik dulu,kputusan masih tak ada..ular tu pn bergerak dari lilitan saya dan bertahan di satu dahan pokok menunggu keputusan..dlm mimpi tu juga mak saya bermimpi ada juga ular lain yg berwarna putih tp ular tu kecik,ibarat llaki yg bernama H.ular kecik tu nk menghampiri saya tp tak dapat kerana mulut ular tu tersangkut dgn kayu,dan dari ular kecik tu keluar seekor anjing kecik,comel,ada reben"..ape mksudnya??.ssh sy nk tafsir..sbb mak saya yg mimpi.. ada stengah org ckp "saya kna plh A kerana saya tidur dalam lilitan die bermaksud die akan mnjaga,mnyygi sy,itu jodoh saya,yg H tu mmg nk kan saya tp mungkin ada halangan"..awak rasa mcm mana? pning saya nk buat kputusan... sbb yg mimpi tu adalah mak saya bkan saya tp mimpikan saya..adakah itu ptunjuk melalui mak saya..ada org ckp mmpi ular tu sihir..

    ReplyDelete
  62. salam, teman lelaki saya bermimpi dia di kejar ular...hurm...adakah ini bermaksud ade org nak kan dia atau mimpi itu menunjukkan hubungan kami skarang ni? hurm...keliru..takot..hurm...

    ReplyDelete
  63. menarik p0st sal mimpi ular n..hehhe..sye prnah mmpi..buke k0tak hadiah..tp, dlm k0tak tu..keluar ular hitam..yg n dh lame..& kerap jgk sye mmpi berada d tempat yg banyk ular..ular xpatuk..cume melalui kwasn 2 j..bnyk sangt ular..kalu dlm bl0g n..rata2nye brckp ttg jd0h..insyaallahm betul..& ade yg mengatekn mengenai sihir..na'uzubillahiminzalik..

    ReplyDelete
  64. huh,, igt kn saya mimpi buruk , saya pernah mimpi dipatuk ular dua kali lepas tuh saya dikejar oleh ular itu,, pas bangun dri tidur tak sedap hati pulaaa..

    ReplyDelete
  65. Eerm...cmna plak kalau prnah mimpi berlawan dengan ular yang besar..ular tu nak serang sy tp sy pegang kuat2 ular tu utk lindungi diri sy dpd dipatuk wlupun sy sbnrnya takut sgt...tp sy ykin yg sy dpt slamatkn diri...pastu,sy tbangun...tkut sgt..

    ReplyDelete
  66. dieya..
    Salam..xtau laa..terdetik pulax nak bertanya..mula2 tue memnag xamek kisah pasal mimpi ny..yela sbb mimpi ny permainan tido..tapi bler daa terjadi depan mate sendiri terpikir2 pe mkne mimpi ny sebenar nyer??kisah nyer bermula pada satu hari ny sy bermimpi ular sawa..tapi ular tue xpatuk sy..dye bersembunyi di sebalik katil sy..bler sy nampk jek ular tue sy terus bgun n lari sebab sememang nyer sy memng takot ngn ular..pas jek tersadar dari mimpi sy daa susah nak tidur..pas tue keesokan nyer de kwn laki ny kte mcm mane kalo dyer msuk meminang??terima x??tapi sy anggap kwn lelaki sy tue gurau jek sbb dyer pernah ckp dyer lom bersedia untuk bercinta pe lagi untuk bertunang kan..then sy pn lom bersedia untuk bercinta n bertunang??so sy xamek pusing sgt...tapi ntah cm ner malam nyer plax sy ternampak ular hitam msuk rumah sy??bler dye nampk sy dyer terus lari..pe kah petanda ny??mcm kebetulan pn ade gak..yela mula2 mimpi2 ular pas tue ular msuk dlm umah plax..pliszz kwn2 share..
    p/s : maaf yek post terlampau pnjang..

    ReplyDelete
  67. lebih baik cari tafsiran mimpi yang benar.. contohnya buku tafsir mimpi menurut islam imam ibnu sirin.. kebanyakn tafsir mimpi menurut islam menyatakn mimpi ular itu bukan sesuatu yg baik.. contohnya ada pergaduhan dlm keluarga, ada yg berhasad dengki dan petanda sihir..
    di akhir buku itu ada menyatakan bahawa jgn kita sesuka hati mencerita kn mimpi kita pada org lain lebih2 lagi kepada org yg tidak tahu tentang tafsir mimpi.. wallahualam

    ReplyDelete
  68. sya jg pena bmimpi ular...dah byk kali dah..kena patuk ular pun pena n kena keliling ular pun perna...tp, baru2 ne sya ada mimpi 2 ekor ular yg sama kejar sya..mula2 seekor kejar sya n sya lari..last sekali dua2 ular tu turut kejar sya...
    sya lari sehingga sya naik ke rumah...n ular tu xdpt naik ke rumah sehinggala sya tbangun..apaka maksud mimpi tsebut?
    n...kalau kita mimpi org yg sama b'ulang kali n org yg kita mimpi tu langsung tak kenal kita,tp,sya je yg kenal dia...apaka maksud tu???? erm,sory byk soalan...coz ne lh pkara yg sye asik ttanya2..

    ReplyDelete
  69. sy mimpikan ular dlm tidur tetapi esoknya depan rumah yang ada ular... so sebenar nya jodoh ke ular betol?

    ReplyDelete
  70. Saya baru saja tadi mimpi ular,memang saya takut sampai saya menangis...ular itu nak patuk saya, ada lagi kejar saya...sampai saya takut nak tidur semula.

    ReplyDelete
  71. slm...
    1) sy adalah isteri ke 3 kpd seorang doktor..baru2 ni suami sy bermimpi dipatuk ular..mengikut pengalaman suami sy,sebelum beliau bernikah dgn sy dan isteri2nya yg lain,beliau bermimpi dipatuk ular..adakah mimpi kali ini juga memberikan maksud beliau akan bernikah lagi?
    2) sy juga nak bertanya soalan,bolehkah jika sy dan isteri2nya yg lain berdoa memohon kpd Allah supaya tafsiran mimpi itu digantikan dgn sesuatu kebaikan selain drpd jodoh utk suami kami?

    ReplyDelete
  72. Sy tlh bermimpi seekor ular hitam berada di tpt duduk belakang kereta ketika sy sedang memandu.kemudian ade org dtg menolong mengeluarkn ular tersebut namun ular itu mengejar sy.sy lari sambil mengambil sehelai tuala dan mencampakkan tuala itu tepat ke arah mata ular tue dgn harapan dia tidak mengejar sy lg.ms ular tue di dlm kereta badan nye panjang tp ms dia kejar sy pendek jer.ape maksud dr mimpi sy.tue?ade sape2 bleh tlg tafsirkan?

    ReplyDelete
  73. salam......sy Aisyah...smlm sy telah bermimpi seekor yang mahu mengejar sy..ular tersebut berada di dalam rumah sedangkan sy berada di luar rumah, setiap kali sy lari & ingin memasuki rumah dr pintu dapur ,ular itu akn menunggu utk mengejar sy & jika sy lari utk memasuki pintu depan rumah pula maka ular itu tetap menunggu sy dan anehnya ibu sy sendiri ada di depan pintu itu seolah2 merelakan ular itu mahu mengejar sy...setelah berkali2 ular itu cuba mengejar akhirnya ular tersebut pergi melalui pintu depan & ibu sendiri yg bgtau arah ular itu pergi namun sy x nampak di mana ular itu pergi, yg ada di depan hanyalah semak samun & lalang2....p.s : skrg ini sy ada boyfren yg agak baik & ibu & ayah sgt2 merestui hubungan kami...

    ReplyDelete
  74. salam..berkaitan mimpi dipatuk ular berkaitan ngn ada org nk masu minang n alhamdulillh sy da pon selamat diijabkabulkan wlaupn tpksa melalui pelbagai dugaan..skang yg musykilnye..sy da nikah n msh mimpi ular mematuk sy di tngan n bila sy sedar rasa skt dipatuk ular sama cam lam mimpi tue..ape maknanye?runsing dibuatnye..walaupn mimpi kan..

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum , saya bermimpi dikejar dua ekor ular , satu besar dan satu lagi kecil , dua2 kejar saya , saya lari dari 2 ekor ular tersebut , saya dh banyak kali tafsiran mimpi di laman web n buku tpy x ada pasai dikejar 2 ekor ular ni , apa maksud mimpi ni ? lagi satu apabila saya mimpi ni , saya bangun , badan saya peluh2 , saya nk tw sgt krana skrg saya masih lagi belajar dan baru berumur 16 tahun , saya harap ada jawapan untuk soalan saya ni .. :) ikhlas dari Siti Nadia

    ReplyDelete
  76. salam..saya ziana..saya pernah bermimpi didatangi dua ekor ular hitam.dlm mimpi tu saya baru nak mandi.apabila sya tengah bersiram dgn menggunkn air didlm tempayan tu tiba2 ular tu keluar dri tempayan tu... apa lgi saya lari minta tolong.bila saya lari muncul seekor lgi ulr ... tpi salah seekor ular tu dpt ditangkap oleh ipar saya.. yg seekor lagi lari entah kemana. tpi apa menggelikn saya... air yg saya pakai mandi tu dah bercampur gan ular..tu yg saya nak tahu apa makna mimpi tu.. saya harap ada jawapan utk mimpi saya ni...

    ReplyDelete
  77. salam..saya ziana.. saya pernah bermimpi didatangi dua ekor ular hitam.dlm mimpi tu saya tengah mandi.tiba2 keluar seekor ular hitam dri tempayan air.. saya lari minta tolong,bila saya lari muncul lagi seekor ular hitam .. tpi dlm mimpi tu salah seekor ular tu berjaya ditangkp ipar saya. yg seekor tu hilang entah kemna.. apa yg menggelikn saya,air dlm tempayan yg sya guna mandi dah bercampur gan ular tadi... saya nak tahu apa jawapan utk mimpi saya ni....salam dri saya ziana....

    ReplyDelete
  78. 2 bln yg lalu sy mimpi di dtngi 2 ular cobra 1 mematok yg 1 lg tidak, ga taunya istri sy ribut dgn teman perempuan sy, & skrg subuh td sy mimpi ular lg hitam besar sprti cobra, sy angkat dr rumah lalu sy buang namun sampai skrg lom ada arti nya dlm khidupan sy.... mudah2an baik untuk khidupan sy..
    amin.

    ReplyDelete
  79. errr..semalam saya mimpi jumpa ular sawa besar sgt2 kat depan pintu dapur umah lama sy..sy takut sgt2 tp sy taktaw nape sy boleh tenung je mata ular tu..tiba2 ular sawa tu bertindak mcm ular tedung..ular tu seolah2 mcm nak mematuk tp sy tenung gak lg..then,terus ular tu menjalar pergi dari sy..ape maksudnye ekk??sy risau laa.. :(

    ReplyDelete
  80. Sy mimpi ular warna kuning semalam.apa maksud dia? Tapi saya bermain2 dengan ular?

    ReplyDelete
  81. assalamualaikum....aku mimpi ular 2 lilit2 bdn ku....semua hajat ka mksud mu?ka,slh stu ny

    ReplyDelete
  82. baca blog ni kebanyakkn mimpi kene patuk je. hurm situasi saya pla saya bermain2 ngn dua ekor ular kecik. kulit ular tu sgt berkilauan. hurm nak jarang gler2 mimpi pasal ular ni. tetibe mimpi trus google tafsir mimpi sb bler cter kt member petanda xelok.

    ReplyDelete
  83. saya bermimpi seekor ular...lengan saya di mulut ular itu tp dia tak gigit lengan saya...kira jinak sangat ular tu...dlm mimpi itu saya tak takut dan jugak tak geli dgn ular tersebut. apakah erti mimpi itu?

    ReplyDelete
  84. Mimpi mainan tidur PDF kesimpulannya

    ReplyDelete
  85. slm...smlm sy mimpi di patuk ular bwarna kuning...apa maksudnya..???

    ReplyDelete
  86. assalam..
    saya bermimpi ular albino (kecik) menggigit leher saya sebelah kanan.. dalam mimpi tu, saya sedang memegang ekor ular tersebut.. tiba2 ular itu mengigit leher saya.. dan saya terus memegang leher saya.. bila terjaga.. tangan saya memang memegang leher di tempat ular tersebut gigit.. kenapa yer..

    ReplyDelete
  87. saya kmarin mimpi ular anaconda ngejar-ngejar saya. tapi bukan cuma saya sih, ada warga lain. namun yang jadi patokan itu saya. seakan-akan saya adalah korban utama. smpai saya sembunyi, dan kemudian lari lagi. tiba-tiba ketika sudah sampai disebuah tempat, disitu ceritanya ular gk bsa datang/gk muncul lagi dan kemudian muncul teman lelaki saya datang bersama rombongan ke tmpat itu.artinya apa yaa?

    ReplyDelete
  88. sy baru sje td mimpi ular kaler pink gigit sy.. ape maknenye.. =(

    ReplyDelete
  89. malam tadi sya mimpi ular lidi wrna ijau & coklat sedang mengawan..
    ape maksud nye ye?

    ReplyDelete
  90. byk sgt sy tgk tafsiran mimpi berkaitan dgn ular ni...mimpi sbnarnya tak boleh ditafsir bgtu saje kecuali yg arif dlm bidang ni...ular byk maksud...mimpi ular juga biasanya dikaitkan dgn sihir...musuh dan jin..so brhati2 je laa..jgn terlalu gembira bila brmimpi ular..blum tentu lg mimpi yg baik...bergantung pd jenis mimpi..elok ditnya pada yg arif..biasanya yg ditafsir mengikut alquran..itu yg pling tepat...skadar pendapat dan perkongsian base pada pengalaman dan maklumat dr mreka yg arif pasal mimpi..w'alam..

    ReplyDelete
  91. kalo saya mimpi digigit ular kecil dan berwarna warni artinya apa?

    ReplyDelete
  92. manusia x bleh lari dari kealpaan. tengah rasa benda yang sama sekarang. thanks kerana menyedarkan

    ReplyDelete
  93. mimpin melihat 2 ular besar penjaga makam leluhur dan seakan akan 2 ulat itu memanggil dan mau memberri pesan buatku

    ReplyDelete
  94. Salam . Semalam saya baru mimpi tengok ular tedung warna emas dengan ular senduk warna hitam sedang bergadoh .. lepas tu ular trsebut tengok saya dan terus nak ligan . Tapi saya sempat masuk dalam rumah .. ular² u cari jalan nak masuk dalam rumah jugak. semenjak sebulan dua ni kerap mimpii pasal ular. Last mimpi 2 minggu lepas. konpius memikirkannya

    ReplyDelete
  95. Klau mimpi melihat 3 ekor ular tedung selar Dari jendela dapur rumah..APA artist nya...asslm...

    ReplyDelete
  96. PROMO BESAR BESARAN DI VITA SHOP ELEKTRONIK. TEMPAT BELANJA ONLINE AMAN DAN TERPERCAYA. 100% BEBAS PENIPUAN
    JIKA MINAT HUB/SMS 0858 2463 6227 ATAU KUNJUNGI WEBSITE RESMI KAMI DI
    www.vitashopelektronik.blogspot.com
    Ready Stock! Apple iPhone 6 Plus 64GB Rp.4.000.000
    Ready Stock! Apple iPhone 5S 32GB Rp.2.500.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy J7 SM-J700 Rp.1.400.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy A5 A510F (2016) Rp.2.000.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy E5 E500H Rp.1.200.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy Grand Prime SM-530H Rp.800.000.
    Ready Stock! Asus Zenfone 2 ZE551ML RAM 4GB Rp.1.700.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy Note 5 32GB Gold Rp.3.500.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy S6 32GB Rp.3.200.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy S7 Edge SM-G935-32GB Rp.4.500.000.
    Ready Stock! Samsung Galaxy Note 4 SM-N910H Rp.2.500.000
    Ready Stock! Samsung Galaxy Note 3 Rp.2.000.000
    Ready Stock ! Samsung Galaxy S5 Rp.2.000.000,
    Ready Stock ! Samsung Galaxy Alpha SM-G850-32GB Rp.1.700.000
    Ready Stock ! BlackBerry Passport 32GB Rp.2.400.000
    Ready Stock ! BlackBerry Classic 16GB Rp.1.700.000

    ReplyDelete
  97. Ular bermaksud berkaitan sihir..hati2 lah kawan2..ade lebih baiknya pergi jumpa ustad..

    ReplyDelete
  98. Ular bermaksud berkaitan sihir..hati2 lah kawan2..ade lebih baiknya pergi jumpa ustad..

    ReplyDelete
  99. Assalamualaikum...sy telah berkahwin dan rumahtangga agak goyah sedikit..terasa ingin tahu sebab 2 3 hari ni mimpi yg pelik je...tapi petang tadi lepas solat zohor sy terlelap dan mimpi ulat anakonda kuning seolah2 dia blh berjalan dan bercakap seperti manusia...die cuma memandang sinis je pada saya...pada masa yg sama kwn baik sy dan sorg sy xkenali berjumpa dgn sy sembang2...selepas itu anakonda kuning tadi dtg kembali bersama mcm sorg mcm tuan anakonda...mereka baru selesai meeting di rumah kampung saya...anakonda hanya pandang sinis je..sy terjaga terus istifar dan meludah ke kiri 3 kali bdoa semoga dijauhi dari keburukan...

    Fisrt time mimpi musykil juga...anakonda kuning pandang sinis je...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails