Friday, December 5, 2008

Tahukah Anda?

Einstein yang hanyalah seorang kerani am sebelum mengubah persepsi dunia sains dengan teori-teori sains terpenting di abad ini.

Stephen Hawking seorang ahli saintis yang terunggul abad ini dengan penemuan teori Big Bang walaupun lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

J.K Rowling ialah seorang ibu tunggal yang hanya menetap di flat kos rendah sebelum menjadi billionaire.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan anak melayu terkaya di Malaysia dan dianggarkan memiliki RM 2 billion hanya berpendidikan sehingga ke tingkatan 5 dan bermula dengan membantu ibunya menanam dan menjual sayur.

Morris Goodman ‘Miracle Man’ yang sudah lumpuh akibat nahas kapal terbang yang lumpuh sepenuhnya untuk dapat berjalan semula.

Ludwig van Beethoven seorang komposer terkenal di dunia yang banyak menghasilkan lagu-lagu yang masih didengari sehingga kini ialah seorang yang pekak.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya membawa RM 2 dari Tanah Besar China dan datang ke Tanah Melayu akhirnya menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Donald Trump menanggung hutang peribadi sebanyak 900 juta usd dan hutang perniagaan hampir 3.5 billion usd pada krisis ekonomi 1990 sebelum dia bangkit dan bebas dari hutang tersebut dan seterusnya menjadi billionaire.

Ramai lagi orang-orang hebat dalam setiap bidang , yang pernah hidup dalam sejarah manusia.

Tahukah anda yang anda tidak ada bezanya dengan mereka.Tidak kira siapa sahaja anda atau apa sahaja latar belakang anda , tidak penting.

Percayalah kata-kata ini “ anda tiada bezanya dengan mereka , kita serupa “

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails