Showing posts with label Sains. Show all posts
Showing posts with label Sains. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

Selsema Babi


dia selesema cikgu? haha...

Mengenai H1n1?

· “H” bermaksud Hemagglutinin protein

· “N” bermaksud Neuraminidase protein

· H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus. Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

· Kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988.

· Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula.

· Menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara.

· Mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.( p/s; rujukan dari Dr. House..hehe..gurau je)

· Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

· World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

· Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti.

Jangan tengok lama-lama. Nanti nampak benda len..hehe

Mangsa pertama

Cik Adela Marì a Gutierrez jatuh sakit pada awal April, dijangkiti apa yang disangka demam selesema. Beliau mencuba aspirin dan antibiotik, berehat dan sebagainya, namun usaha itu tidak dapat menurunkan suhu badannya yang panas, mengurangkan bisa-bisa atau mempertingkat tenaganya. Lepas seminggu baru beliau pergi ke Hospital Besar Oaxaca. Waktu itu beliau sukar bernafas dan berwajah biru kerana kekurangan oksigen. Kelewatan mendapatkan bantuan pakar mungkin menjelaskan kenapa Cik Gutierrez, 39 tahun, ibu tiga anak perempuan, menjadi mangsa pertama flu H1N1 atau dikenali juga sebagai selsema babi.


Simptom-simptom

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :

· Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius

· Sakit badan

· Batuk

· Berhingus

· Bersin

· Sesak nafas

· Hilang selera makan

· Muntah, dan cirit birit

Kawasan Dijangkiti

· Menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Dari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

· 16 negara termasuk di Eropah dan Asia telah disahkan atau disyaki terkena selsema babi.

· Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Seperti yang diketahui umum, wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa minggu lepas.

· Negara kita Malaysia pun mengambil langkah berjaga-jaga dari membendung wabak ini daripada memasuki Malaysia.

· 81 orang maut di Mexico.

· New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

· 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat.

· Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan merebak di negara itu

· Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi dan buat masa ni 9 orang telah dikesan.

· Kematian akibat selsema babi sudah meningkat kepada 152 orang.

· Thailand disyaki satu kes, manakala dua lagi di Singapura.

Amaran Kalam Allah, Al-Quran



· Al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit.

· Al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

· Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.

· Renung-renungkan :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115

· Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

· Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Wallahualam.

Thursday, April 16, 2009

Otak Perempuan dan Otak Lelaki

How it works ... a man's brain

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, di antara keunikan itu sudah tentulah otak manusia. Di bawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan
dan jangan cuba menipu diri anda sendiri

Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah
dalam masa 15 saat:



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai
mengira!

OK?

berapa banyak?

Tiga? (Anda tentunya seorang lelaki!!!)

Sila baca sekali lagi!



FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula…

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan
dibawah ini…

Otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F’s pada
permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN.

p/s; klau sape-sape ada kira dapat 4 tu, faham-faham je la...haha

Friday, December 26, 2008

Pluto bukan sebuah planet lagi

Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang berkumpul di Prague telah mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet). Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil. Salah satu alasan yang dikemukakan ialah Pluto tidak memiliki orbit yang dominan seperti planet-planet lain.

Kesiannyerr...huhu

Dengan kenyataan yang telah dikeluarkan tersebut bermakna hanya terdapat lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bimasakti buat masa ini iaitu;

1. Utarid (Mercury)

2. Zuhrah (Venus)

3. Bumi

4. Marikh (Mars)

5. Musytari (Jupiter)

6. Zuhal (Saturn)

7. Uranus

8. Neptun (Neptune)

SISTEM SURIA TERKINI

ERIS PUNCA PLUTO DITURUNTARAFKAN?

Sebuah planet kerdil baru yang kini dinamakan Eris, terletak amat jauh daripada matahari dikatakan menjadi punca penyingkiran Pluto sebagai planet ke-9 sistem suria. Terdapat beberapa info yang saya dapat mengenai Eris;

1. Punca penyingkiran Pluto sebagai planet ke-9 sistem suria.

Penemuannya mencetuskan debat apakah takrifan sebenar sebuah planet kerana ada di antara para astronomi berpendapat Eris sepatutnya disenaraikan sebagai planet ke-10 kerana lebih besar daripada Pluto.Namun, pihak lain sebaliknya berpendapat yang Pluto tidak layak pun digelar planet kerana saiznya yang terlalu kecil.

  1. Berukuran 115 kilometer lebih lebar daripada Pluto adalah yang paling jauh dalam sistem solar.

  1. Namanya ditukar dari Xena kepada Axis yang bermaksud “kekalutan” sempena nama dewi Greek.

Saintis yang menemui Eris, Michael Brown dari Institut Teknologi California menyifatkan nama Eris itu sesuai, biarpun sebelum ini menamakannya ‘Xena’ sempena siri televisyen popular Xena:Warrior Princess. Mitos Greek menyatakan Eris adalah punca pergaduhan di kalangan dewi yang mencetuskan Perang Trojan. Dalam realiti, Eris turut memaksa saintis berbalah mengenai takrifan sebenar planet yang membawa kepada penyingkiran Pluto.

  1. Eris sebelum ini dikenali sebagai 2003 UB313.


Image above: This artist's concept shows the planet catalogued as 2003UB313 at the lonely outer fringes of our solar system. Our Sun can be seen in the distance. The new planet, which is yet to be formally named, is at least as big as Pluto and about three times farther away from the Sun than Pluto. It is very cold and dark. The planet was discovered by the Samuel Oschin Telescope at the Palomar Observatory near San Diego, Calif., on Jan. 8, 2005. Image credit: NASA/JPL-Caltech


Image above: These time-lapse images of a newfound planet in our solar system, called 2003UB313, were taken on Oct. 21, 2003, using the Samuel Oschin Telescope at the Palomar Observatory near San Diego, Calif. The planet, circled in white, is seen moving across a field of stars. The three images were taken about 90 minutes apart

Kini, Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan Eris , Ceres, dan Makemake. Dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun 2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti. Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.

Humae.

Selepas Pluto disingkirkan, dikatakan beratus-ratus saintis mengedarkan petisyen membantah keputusan itu. Sejak berkurun-kurun lamanya Pluto dikenali sebagai sebuah planet dan kini ia hanya sebuah planet kecil. Pembaharuan tentang fakta Pluto sebagai planet kecil ini telah menyebabkan beberapa bidang terutamanya bidang pendidikan terpaksa meneliti balik silibus berkenaan dengan sistem suria ini. Di Malaysia, saya belum pasti lagi. Kekhilafan kita tentang fakta terbaru itu jelas menunjukkan bahawa pendirian ilmu kita sebagai manusia pun masih tidak tetap dan terbatas. Walaupun kita adalah khalifah istimewa dan berakal di bumi ini, ilmu kita tetap tidak dapat menandingi Pencipta kita dan juga sekalian alam yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Wallahualam.



Sunday, August 31, 2008

Piramid Makanan Baru


Piramid makanan baru (PMB) merupakan satu sistem cadangan pengambilan makanan yang terbaru. Ia dicadangkan berikutan ‘trend’, ‘lifestyle’, ataupun cara hidup yang semakin maju kebelakangan ini.

Jika dahulu, piramid makanan konvensional (PMK) meletakkan ‘bijirin, nasi, gandum, roti dll’ di aras paling bawah (menandakan sebagai makanan yang perlu diambil dengan banyak), PMB pula membawa kelainan. Bahagian dasar PMB ialah ‘senaman yang kerap dan pengawalan berat badan seimbang’.

Aras kedua pula (second level),

pembahagian makanan dikelaskan kepada dua, iaitu ‘makanan bijirin berserat tinggi’ dan ‘minyak sayuran (zaitun, bunga matahari, soya, kacang dan lain lain) serta minyak ikan’. Ini berbeza dengan PMK dimana ia meletakkan ‘sayur-sayuran dan buah-buahan’ di aras kedua.

Aras ketiga (third level)
PMK meletakkan ‘daging, ayam, ikan dan kekacang’ dan ‘susu, yoghurt dan produk tenusu’di aras ketiga, menandakan kelas makanan yang perlu diambil secara sederhana. Berbeza dengan aras ketiga PMB yang meletakkan ‘sayur-sayuran dan buah-buahan’ yang perlu diambil secara pukal (makan dengan banyak).

Di puncak PMK (aras keempat dan terakhir),
makanan yang perlu diambil secara sedikit ialah dalam kategori ‘lemak, minyak dan gula’. Berbeza dengan PMB, aras keempat ialah ‘kekacang’. Diikuti oleh ‘ikan, ayam dan telur’ di aras kelima, ‘produk tenusu’ di aras keenam. Di puncak PMB pula, makanan yang perlu diambil secara sedikit ialah ’daging merah (red meat), mentega, beras putih, roti putih, kentang, pasta dan gula’

Mengapa ia diubah sebegitu? Mari kita bincangkan dari perspektif PMB.


PMB meletakkan senaman yang kerap dan pengawalan berat badan yang ideal kerana zaman moden sekarang, kebanyakan orang kurang bersenam. Di samping itu, kadar penduduk obesiti meningkat dengan sangat drastik terutama di negara-negara maju dan negara-negara membangun. Mereka percaya hanya dengan mengikuti cadangan piramid makanan dapat menyihatkan badan tanpa perlu melakukan senaman. Senaman amatlah perlu untuk menjamin dan menjaga kesihatan yang seimbang.

Mengapa makanan yang kaya dengan serat dan minyak sayuran diletakkan di aras kedua PMB? Ini kerana makanan yang kaya dengan serat (dietary fibre) dapat menyingkirkan lemak-lemak berlebihan didalam badan. Ia juga dapat membuang kolesterol yang bahaya dari dalam badan kita. Kolesterol merupakan agen penyebab sakit jantung. Makanan yang kaya dengan serat ialah seperti roti berserat tinggi, beras perang, dan oat.

Minyak sayuran dan minyak ikan pula merupakan sumber asid lemak yang diperlukan oleh badan. Minyak ikan mengandungi omega-3 yang membantu dalam perkembangan minda manusia. Minyak sayuran pula mempunyai asid lemak tak tepu. Asid lemak tak tepu membantu mengurangkan kolesterol yang tidak baik dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat lalu membawa kepada masalah jantung. Sumber minyak sayuran adalah seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa, minyak kacang soya dan lain-lain. Minyak kelapa misalnya, mengandungi asid lemak tak tepu berantai pendek. Kajian menunjukkan ia lebih cepat digunakan oleh badan manusia berbanding asid lemak dari minyak yang lain. Selain itu juga ia berupaya melawan virus-virus tertentu seperti HIV dan influenza(penyebab selesema). Oleh itu, ia sangat menyihatkan.

Seterusnya, PMB meletakkan sayuran dan buahan sebagai makanan yang perlu diambil dengan banyak. ini kerana sayuran dan buahan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk membekalkan tenaga. Buah-buahan juga mengandungi antioksidan yang boleh mengelakkan diri dari menghidap kanser. Antara antioksidan yang ada dalam buah adalah seperti asid askorbik (vitamin C), polyphenol, dan anthocyanin. Selain itu juga, ia mengandungi serat makanan yang membantu proses penghadaman dan menyihatkan usus perut anda. Sayuran juga mempunyai kelebihan seperti buahan.contoh mineral yang diperlukan oleh badan ialah zat besi, kalsium dan magnesium. Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah manakala kalsium pula adalah perlu untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat. 99% kalsium yang berada dalam badan kita terdapat ditulang dan gigi. Contoh makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi ialah seperti bayam, daun pudina (colgate...)

Kekacang diletakkan di aras keempat pada PMB. Kekacang merupakan antara sumber asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino ialah monomer protein. Protein selalu diketahui sebagai pembinaan otot dan membantu pembesaran. Tanpa protein, anda akan jadi bantut, lemah badan atau untuk kes yang paling teruk, terencat akal. Asid amino perlu yang dimaksudkan ialah lysine. Sumber kekacang adalah seperti kacang tanah, kacang dhal, kacang hijau dan lain-lain kacang.

Aras seterusnya untuk PMB ialah ikan, ayam dan telur. Makanan-makanan ini mengandungi protein dan lemak serta kalori yang tinggi. Telur umpamanya, mengandungi nilai kolestetol yang sangat tinggi di bahagian kuning telurnya. Manakala produk tenusu si aras seterusnya membekalkan nutrien-nutrien sampingan dan mineral sampingan yang diperlukan oleh badan. Susu mengandungi nilai kalsium yang tinggi, yang sangat diperlukan oleh badan. Recommended Nutrient Intake (RNI atau cadangan pengambilan nutrien) yang ditentukan oleh FDA untuk kalsium ialah 800mg sehari. Contoh makanan untuk produk tenusu ialah seperti yoghurt, susu dan keju.

Aras terakhir untuk PMB ialah daging merah, beras putih yang telah diproses dan roti putih. Kelas makanan ini diletakkan di bahagian teratas kerana kajian menunjukkan pengambilan makanan seperti ini secara berlebihan seperti yang dicadangkan oleh PMK membawa kepada peningkatan kadar penyakit jantung dan obesiti di seluruh dunia. Beras putih contohnya, mengandungi kandungan kanji yang tinggi, yang akan dileraikan didalam badan untuk menghasilkan gula bagi menghasilkan tenaga. Ini akan membawa kepada peningkatan glukosa dalam darah yang akan membawa kepada penyakit yang ditakuti ramai, Diabetis mellitus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails