Thursday, May 7, 2009

Selsema Babi


dia selesema cikgu? haha...

Mengenai H1n1?

· “H” bermaksud Hemagglutinin protein

· “N” bermaksud Neuraminidase protein

· H1N1 adalah sejenis spesis dalam golongan Influenza A virus. Telah mengalami pelbagai jenis mutasi dan hidup dalam badan manusia dan haiwan. Terdapat 16 jenis avian lain lagi.

· Kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988.

· Selsema babi ini disebarkan oleh manusia pula.

· Menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara.

· Mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.( p/s; rujukan dari Dr. House..hehe..gurau je)

· Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.

· World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 dengan situasi yang begini bersetuju untuk mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa.

· Bulan April 2009 ini dilaporkan 80 orang telah terkorban dan 1500 seluruh dunia telah dijangkiti.

Jangan tengok lama-lama. Nanti nampak benda len..hehe

Mangsa pertama

Cik Adela Marì a Gutierrez jatuh sakit pada awal April, dijangkiti apa yang disangka demam selesema. Beliau mencuba aspirin dan antibiotik, berehat dan sebagainya, namun usaha itu tidak dapat menurunkan suhu badannya yang panas, mengurangkan bisa-bisa atau mempertingkat tenaganya. Lepas seminggu baru beliau pergi ke Hospital Besar Oaxaca. Waktu itu beliau sukar bernafas dan berwajah biru kerana kekurangan oksigen. Kelewatan mendapatkan bantuan pakar mungkin menjelaskan kenapa Cik Gutierrez, 39 tahun, ibu tiga anak perempuan, menjadi mangsa pertama flu H1N1 atau dikenali juga sebagai selsema babi.


Simptom-simptom

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Wabak ini dikatakan ia mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Antara kesan yang dapat dikenal pasti apabila seseorang itu terkena wabak ini ialah :

· Apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius

· Sakit badan

· Batuk

· Berhingus

· Bersin

· Sesak nafas

· Hilang selera makan

· Muntah, dan cirit birit

Kawasan Dijangkiti

· Menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Dari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009, Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

· 16 negara termasuk di Eropah dan Asia telah disahkan atau disyaki terkena selsema babi.

· Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan dianggarkan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Seperti yang diketahui umum, wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa minggu lepas.

· Negara kita Malaysia pun mengambil langkah berjaga-jaga dari membendung wabak ini daripada memasuki Malaysia.

· 81 orang maut di Mexico.

· New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

· 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat.

· Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan merebak di negara itu

· Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi dan buat masa ni 9 orang telah dikesan.

· Kematian akibat selsema babi sudah meningkat kepada 152 orang.

· Thailand disyaki satu kes, manakala dua lagi di Singapura.

Amaran Kalam Allah, Al-Quran



· Al-Quran banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah SWT dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit.

· Al-Quran juga ada memperingati tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia. Justeru itu, timbul di sini persoalan yang perlu difikir bersama iaitu apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa.

· Firman Allah SWT di dalam al-Quran surah al- maidah : ayat 3 :

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah SWT mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya. Kalam ini mengharapkan adanya usaha yang terancang pihak kerajaan dalam menguatkuasakan pengharaman ke atas perkara-perkara yang jelas ditegah oleh Allah SWT.

· Renung-renungkan :

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Surah Al-Nahl Ayat 115

· Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

· Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Wallahualam.

2 comments:

  1. idea yang bagus

    ReplyDelete
  2. sesuatu yang boleh kita pelajari tentang selsema babi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails