Thursday, July 16, 2009

Kenali makhluk bernama lelaki

Lelaki Bersemangat

Bagaimana mengenali mereka:

Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya:

Biarpun mereka ini sering keletiha ntapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnbya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.

.................................................. .................................................. ...
Lelaki Takut Komitmen

Bagaimana mengenali mereka:

Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!

Maknanya:

Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

.................................................. ..................................................

Lelaki Anti Perempuan

Bagaimana mengenali mereka:

Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Maknanya:

Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

.................................................. ..................................................

Lelaki Playboy

Bagaimana mengenali mereka:

Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan uo to date. Biarpun kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Maknanya:

Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidupsaja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteren!

.................................................. .................................................

Lelaki Tradisi

Bagaimana mengenali mereka:

Corak pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatut soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Maknanya:

Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

.................................................. .................................................. .

Lelaki Korporat

Bagaimana mengenali mereka:

Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.

Maknanya:

Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas kerjaya

Wednesday, July 15, 2009

I Love Living Life. I Am Happy.

Tuesday, July 7, 2009

PERNIKAHAN MENYINGKAP TABIR RAHSIA...

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.


Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.

Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.

Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.

Isteri adalah murid kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.

Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.

Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.


Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.


Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri.... renungkanlah. ....


Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?


Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.

Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub

Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.


Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..


Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama


Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.

Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.

Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.

Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.


Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.


Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.


Justeru kamu akan tersentak dari alpa.


Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!


Justeru itu wahai para suami dan isteri,


Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.



sumber: aredha.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails