Thursday, April 16, 2009

Lelaki yang Sejati

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…


sumber : http://www.tentangcinta.com

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’. Perayaan ini sudah menjadi satu kelaziman/budaya dikalangan orang Barat yang secara tidak langsung telah mempengaruhi Muslim untuk meraikannya bersama tanpa mengetahui sejarah sebenar April Fool.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.

Masjid cordoba

Masjid Cordoba

Pada masa inilah, ketika semua muslim keluar ke pelabuhan, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim, membakar kapal-kapal dan membunuh kesemuanya lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil di kawasan pelabuhan sehinggakan air laut menjadi merah kerana darah muslim. Ada diantara umat Islam dijadikan tahanan dan ditempatkan di Masjid Cordoba, mereka dipenjara, diseksa & dirogol di masjid itu dan ada pendapat mengatakan mereka menyeksa tahanan di Istana Alhambra, pusat pemimpin Islam sebelumnya. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Mereka puas hati kerana berjaya menipu umat Islam Sepanyol.

alhambra.jpg

Istana Alhambra

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Renungkanlah wahai saudaraku...

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails