Saturday, October 3, 2009

~~Tafsiran mimpi menurut Islam~~

Ilmu Tafsir Mimpi
Ilmu tafsir mimpi sememangnya ada dalam Islam. Nabi Yusuf a.s diberi kelebihan oleh Allah s.w.t utk menafsir mimpi. Antara ulama yang mengungguli bidang tafsir mimpi ini adalah Ibnu Sirin. Imam Ibnu Sirin ialah pengarang kitab "Tafsirul Ahlam" (Kitab Tafsir Mimpi)

Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:
Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku." Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau yang akan menyusukannya." Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu mentafsirkan kebenarannya.

Tambahan pula, mimpi diakui adanya dalam syariat Islam. Sedangkan ilmu untuk mentakwilkan, mentakbirkan atau mentafsirkannya diiktiraf oleh ramai ulama. Ramai ulama yang ingin mendalami masalah takwil atau tafsir mimpi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya kerana susahnya.

Al-Imam Ibnu Syahin, dalam mukadimah kitabnya Al-Isyarat Fi Ilmi al-'Ibarat, berkata:
"Islam mencerca ilmu tenung kerana hanya Allah-lah yang mengetahui masalah ilmu ghaib. Saya menghindari ilmu-ilmu seperti itu dan tidak meminatinya, dan saya ingin membuat buku yang dapat mendedahkan perkara-perkara ghaib yang sememangnya diakui oleh syarak, iaitu ilmu takwil dan ta'bir mimpi."

HADITH

Jenis-jenis mimpi
Dalam suatu hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): "Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau."

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam:

  1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.
  2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.
  3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

Mimpi baik boleh diheboh, mimpi buruk jangan.

Dari Abu Sa’id Al Khudriy ra. Bahwasannya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila salah seorang diantara kamu bermimpi dengan impian yang disukainya, maka sesungguhnya impian itu dari Allah Ta’ala, oleh karena itu hendaknya ia memuji kepada Allah dan menceritakannya kepada orang lain.” Dan di dalam riwayat lain dikatakan:”Janganlah ia menceritakan impian itu kecuali kepada orang-orang yang disukainya.” Dan apabila ia bermimpi dengan impian yang tidak disukainya maka sesungguhnya impian itu dari setan, maka hendaklah ia berlindung diri dari kejelekan impiannya dan janganlah ia menceritakan impian itu kepada siapapun juga, karena impian itu tidak akan membahayakan dirinya.” (HR Bukhari dan Muslim)
APA YANG PERLU DILAKUKAN JIKA BERMIMPI:

1. Mimpi baik dari Allah:

(i) Memuji Allah dan boleh diceritakan mimpi itu kepada orang lain. [Bukhari/1848] [Tirmizi/ 3518]

2. Mimpi buruk dari Syaitan:

(i) Hendaklah bangun [Muslim/4200] [Tirmizi/2372] [Tirmizi/2382]

(ii) Meludah [Tirmizi/2372] ke sebelah kiri [Bukhari/1457] [Tirmizi/2379] sebanyak 3 kali [Muslim/4195]

(iii) Memohon perlindungan daripada Allah [Bukhari/1457] [Bukhari/1848] [Tirmizi/2379] [Tirmizi/3518] [Muslim/4195]

(iv) Lakukan solat [Muslim/4200] [Tirmizi/2382] [Tirmizi/2393]

(v) Jangan ceritakan mimpi itu kepada orang lain [Bukhari/1848] [Tirmizi/3518] [Muslim/4200] [Tirmizi/2393] [Tirmizi/2372]

HADIS KEPENTINGAN MEMILIH ORANG UNTUK DICERITAKAN MIMPI:
1. "Mimpi seorang muslim adalah satu bahagian dari empat puluh enam bahagian dari kenabian, ia berada di atas kaki seekor burung selama dia tidak menceritakannya. Apabila dia menceritakannya maka terjadilah". Hadis ini adalah hasan sahih [Tirmizi/2381]

2. "Mimpi seorang mukmin adalah satu bahagian dari kenabian. Ia berada di atas kaki seekor burung selama dia tidak menceritakannya. Apabila ia menceritakannya maka berlakulah". Abu Razin berkata: "Aku menyangka baginda sallallahu `alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah diceritakan selain kepada orang cerdik atau kekasih" [Tirmizi/2380]
3. “Mimpi itu ialah satu bahagian daripada 70 bahagian daripada kenabian. Dan mimpi itu bergantungan di kaki burung, selama mana tidak diceritakan dengannya empunyanya. Maka apabila dia bercerita dengannya, ia berlaku. Maka janganlah kamu bercerita dengannya melainkan kepada orang `alim, atau yang memberi nasihat, atau yang dicintai” [Ibnu Hibban/ 6055]

4. “Mimpi itu adalah bergantungan di kaki burung, selama mana tidak diceritakan dengannya empunyanya. Maka apabila dia bercerita dengannya, ia berlaku. Dan janganlah kamu bercerita dengannya melainkan kepada orang `alim, atau yang memberi nasihat, atau yang dicintai. Dan mimpi yang baik adalah satu bahagian daripada 40 bahagian daripada kenabian” [Ahmad/ 15750]
http://as5lang.files.wordpress.com/2009/07/mimpi.jpg

4 comments:

  1. KALAU MIMPI PEGANG ULAR LAK CM NE ERK?

    ReplyDelete
  2. salam..
    kalau mimpi orang yang dh meninggal ape maksudnya?? dalam mimpi 2 arwah xda cakap walau sepatah pun.. dan saya mengenali arwah.. dah 2x saya mimpikan arwah..

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum wr wb

    Bagaimana kl mimpi khutbah didalam masjid?

    mohon keterangannya berdasrkan quran dan assunnah.

    ReplyDelete
  4. mimpi makan daging khinzir. apa makna nya? tapi di muntahkan kembali

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails