Sunday, August 31, 2008

Piramid Makanan Baru


Piramid makanan baru (PMB) merupakan satu sistem cadangan pengambilan makanan yang terbaru. Ia dicadangkan berikutan ‘trend’, ‘lifestyle’, ataupun cara hidup yang semakin maju kebelakangan ini.

Jika dahulu, piramid makanan konvensional (PMK) meletakkan ‘bijirin, nasi, gandum, roti dll’ di aras paling bawah (menandakan sebagai makanan yang perlu diambil dengan banyak), PMB pula membawa kelainan. Bahagian dasar PMB ialah ‘senaman yang kerap dan pengawalan berat badan seimbang’.

Aras kedua pula (second level),

pembahagian makanan dikelaskan kepada dua, iaitu ‘makanan bijirin berserat tinggi’ dan ‘minyak sayuran (zaitun, bunga matahari, soya, kacang dan lain lain) serta minyak ikan’. Ini berbeza dengan PMK dimana ia meletakkan ‘sayur-sayuran dan buah-buahan’ di aras kedua.

Aras ketiga (third level)
PMK meletakkan ‘daging, ayam, ikan dan kekacang’ dan ‘susu, yoghurt dan produk tenusu’di aras ketiga, menandakan kelas makanan yang perlu diambil secara sederhana. Berbeza dengan aras ketiga PMB yang meletakkan ‘sayur-sayuran dan buah-buahan’ yang perlu diambil secara pukal (makan dengan banyak).

Di puncak PMK (aras keempat dan terakhir),
makanan yang perlu diambil secara sedikit ialah dalam kategori ‘lemak, minyak dan gula’. Berbeza dengan PMB, aras keempat ialah ‘kekacang’. Diikuti oleh ‘ikan, ayam dan telur’ di aras kelima, ‘produk tenusu’ di aras keenam. Di puncak PMB pula, makanan yang perlu diambil secara sedikit ialah ’daging merah (red meat), mentega, beras putih, roti putih, kentang, pasta dan gula’

Mengapa ia diubah sebegitu? Mari kita bincangkan dari perspektif PMB.


PMB meletakkan senaman yang kerap dan pengawalan berat badan yang ideal kerana zaman moden sekarang, kebanyakan orang kurang bersenam. Di samping itu, kadar penduduk obesiti meningkat dengan sangat drastik terutama di negara-negara maju dan negara-negara membangun. Mereka percaya hanya dengan mengikuti cadangan piramid makanan dapat menyihatkan badan tanpa perlu melakukan senaman. Senaman amatlah perlu untuk menjamin dan menjaga kesihatan yang seimbang.

Mengapa makanan yang kaya dengan serat dan minyak sayuran diletakkan di aras kedua PMB? Ini kerana makanan yang kaya dengan serat (dietary fibre) dapat menyingkirkan lemak-lemak berlebihan didalam badan. Ia juga dapat membuang kolesterol yang bahaya dari dalam badan kita. Kolesterol merupakan agen penyebab sakit jantung. Makanan yang kaya dengan serat ialah seperti roti berserat tinggi, beras perang, dan oat.

Minyak sayuran dan minyak ikan pula merupakan sumber asid lemak yang diperlukan oleh badan. Minyak ikan mengandungi omega-3 yang membantu dalam perkembangan minda manusia. Minyak sayuran pula mempunyai asid lemak tak tepu. Asid lemak tak tepu membantu mengurangkan kolesterol yang tidak baik dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat lalu membawa kepada masalah jantung. Sumber minyak sayuran adalah seperti minyak kelapa sawit, minyak kelapa, minyak kacang soya dan lain-lain. Minyak kelapa misalnya, mengandungi asid lemak tak tepu berantai pendek. Kajian menunjukkan ia lebih cepat digunakan oleh badan manusia berbanding asid lemak dari minyak yang lain. Selain itu juga ia berupaya melawan virus-virus tertentu seperti HIV dan influenza(penyebab selesema). Oleh itu, ia sangat menyihatkan.

Seterusnya, PMB meletakkan sayuran dan buahan sebagai makanan yang perlu diambil dengan banyak. ini kerana sayuran dan buahan mengandungi vitamin-vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan untuk membekalkan tenaga. Buah-buahan juga mengandungi antioksidan yang boleh mengelakkan diri dari menghidap kanser. Antara antioksidan yang ada dalam buah adalah seperti asid askorbik (vitamin C), polyphenol, dan anthocyanin. Selain itu juga, ia mengandungi serat makanan yang membantu proses penghadaman dan menyihatkan usus perut anda. Sayuran juga mempunyai kelebihan seperti buahan.contoh mineral yang diperlukan oleh badan ialah zat besi, kalsium dan magnesium. Zat besi membantu dalam pembentukan sel darah merah manakala kalsium pula adalah perlu untuk membina tulang dan gigi yang kuat dan sihat. 99% kalsium yang berada dalam badan kita terdapat ditulang dan gigi. Contoh makanan yang mempunyai kandungan kalsium yang tinggi ialah seperti bayam, daun pudina (colgate...)

Kekacang diletakkan di aras keempat pada PMB. Kekacang merupakan antara sumber asid amino yang diperlukan oleh badan. Asid amino ialah monomer protein. Protein selalu diketahui sebagai pembinaan otot dan membantu pembesaran. Tanpa protein, anda akan jadi bantut, lemah badan atau untuk kes yang paling teruk, terencat akal. Asid amino perlu yang dimaksudkan ialah lysine. Sumber kekacang adalah seperti kacang tanah, kacang dhal, kacang hijau dan lain-lain kacang.

Aras seterusnya untuk PMB ialah ikan, ayam dan telur. Makanan-makanan ini mengandungi protein dan lemak serta kalori yang tinggi. Telur umpamanya, mengandungi nilai kolestetol yang sangat tinggi di bahagian kuning telurnya. Manakala produk tenusu si aras seterusnya membekalkan nutrien-nutrien sampingan dan mineral sampingan yang diperlukan oleh badan. Susu mengandungi nilai kalsium yang tinggi, yang sangat diperlukan oleh badan. Recommended Nutrient Intake (RNI atau cadangan pengambilan nutrien) yang ditentukan oleh FDA untuk kalsium ialah 800mg sehari. Contoh makanan untuk produk tenusu ialah seperti yoghurt, susu dan keju.

Aras terakhir untuk PMB ialah daging merah, beras putih yang telah diproses dan roti putih. Kelas makanan ini diletakkan di bahagian teratas kerana kajian menunjukkan pengambilan makanan seperti ini secara berlebihan seperti yang dicadangkan oleh PMK membawa kepada peningkatan kadar penyakit jantung dan obesiti di seluruh dunia. Beras putih contohnya, mengandungi kandungan kanji yang tinggi, yang akan dileraikan didalam badan untuk menghasilkan gula bagi menghasilkan tenaga. Ini akan membawa kepada peningkatan glukosa dalam darah yang akan membawa kepada penyakit yang ditakuti ramai, Diabetis mellitus.

Wednesday, August 27, 2008

Nilai sebuah persahabatan


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

Saturday, August 23, 2008

Hukum Penarikan-Law Of Attraction


Mungkin anda tidak faham apa yang di maksudkan dengan hukum penarikan ini-Law Of Attraction. Sebenarnya bagi saya, ini adalah istilah yang sengaja diwujudkan untuk menerangkan suasana yang mempunyai kaitannya dengan konsep / fitrah semulajadi dalam kehidupan seharian kita. Mungkin anda masih kurang faham tentang apa yang dibacarakan sekarang. Tapi, insyaAllah saya akan cuba menceritakan sedikit apa yang saya tahu mengenai hukum ini berdasarkan pengalaman dan pendapat saya.

Hukum graviti. Adakah anda faham sepenuhnya tentang graviti? Bagaimana ianya berlaku? Sampai sekarang. Belum ada penjelasan khusus tentang hukum graviti ini. Tapi, hakikatnya kita merasai kewujudannya kan? Sekarang cuba korang anda ambil apa-apa yang ada di hadapan anda sekarang. Cuba lepaskan ke lantai. Barang tersebut akan jatuh kan? Ha...macam mana anda nak explain kat budak-budak tentang kejadian tersebut. Saya pasti anda menerima kejadian itu sekadar satu lumrah yang berlaku dari kecil tapi susah untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Wallahualam. Sama la juga yang terjadi pada hokum penarikan ini. Tapi saya bukan nak jelaskan apa penyebab berlakunya hukum ini. Allah Maha Mengetahui.

Memang cukup susah menerangkan situasi ini dan sebenarnya setiap hari kita mengalami kejadian ini. Begini, apa yang anda ada sekarang merupakan apa yang anda telah tarik sebelum ini. Mengikut karya berjudul The Secret ,anda menariknya melalui pemerhatian dan yang penting melalui fikiran. Tentu anda masih kurang faham kan. Selepas saya memahami maksud law of attraction ini, saya lebih faham tentang hukum ini setelah saya mengalami pengalaman yang dapat membantu saya menerangkan apa itu Law Of Attraction. Sebenarnya, fikiran kita akan mengekalkan apa yang kita telah fokuskan. Sebelum ini, saya berharap agar dapat memiliki sebuah motosikal yang sangat saya minati-apa yang berlaku sebenarnya adalah saya telah memberitahu pada diri saya bahawa motosikal tersebut menjadi kegemaran saya. Seterusnya minda akan merangsangnya untuk memberi gambaran jelas apa yang kita inginkan-saya secara langsung akan menumpukan pada motosikal tersebut walaupun saya rasa seperti sukar untuk mendapatkannya..hehe.. dan apa yang berlaku selepas itu adalah diri kita akan membina kronologi ke arah perkara tersebut, akan ada usaha-usaha kea rah mencapai matlamat itu.

Dalam kehidupan seharian kita pun banyak berlaku perkara-perkara seperti ini. Contohnya, bila kita ingin bangun awal keesokkannya, ada yang mencadangkan supaya kita menepuk bantal dan meminta di kejutkan keesokannya dan ada juga yang sekadar set saja pukul berapa dia akan bangun besok pagi. Akhirnya, kita akan bangun lebih kurang dengan waktu yang telah ditetapkan. Begitulah Law Of Attraction yang banyak perkaitannya dengan fikiran kita. Itulah kuasa minda kita. Apa yang fikirkan samaada baik atau buruk akan menjadi fokus utama dalam fikiran anda. Jika anda fikir sesuatu keadaan itu buruk, anda cuba sebenarnya menjadikan ianya sesuatu yang buruk. Contohnya jika anda terlalu memikirkan tentang kebencian anda terhadap peperangan, anda sebenarnya menumpukan kepada peperangan dan perkara itu(isu peperangan) akan sentiasa men’hantui’ anda seterusnya membawa kesan yang negatif kepada diri anda dan komuniti sekeliling anda. Lebih baik anda menumpukan tentang kempen-kempen kedamaian dari memfokuskan tentang peperangan dan secara automatik kedamaian itu akan membawa anda kepada satu nilai positif seperti rasa kesyukuran dengan apa yang ada sekarang dan banyak lagi.

Dalam video the secret juga ada menerangkan bahawa apabila kita meminta/berharap mendapatkan sesuatu, akan ada suatu kuasa yang dapat mendengarkannya dan seluruh tenaga di alam ini akan di tarik kepada anda.hehe...macam cerita dragon ball la pulak. Apa yang saya faham adalah apabila kita memikirkan sesuatu dengan mendalam, memang ada yang mendengarnya, dan mengikut pandangan peribadi saya, bagi seorang yang beragama Islam, saya yakin bahawa Allah S.W.T yang mendengar permintaan hambaNya. Dan seterusnya membawa kita untuk menyusun kronologi untuk mencapai sesuatu objektif yang pada mulanya hanya dicetuskan oleh kuasa minda kita sendiri.

LU MEMANG KURANG AJAR

Assalamualaikum w.b.t,

Haha..dah hampir dua bulan saya tak menghantar post kat blog nh. Al-maklum la sibuk sangat buat assignment bila dah masuk semester baru nh. Lagipun tak ramai yang hits blog nh. Tu yang malas tu. Tapi tu tak bermaksud saya akan putus asa..:Never give up”.hehe.. Dalam dua bulan nh, banyak perkara yang saya ingin berkongsi bersama korang semua. Macam-macam perkara berlaku sepanjang dua bulan nh kan. Dengan SUKMA 2008, isu naik harga minyak la, pastu keluar pulak debat politik pasal minyak la. Tu yang dekat Malaysia. Kat seluruh dunia pulak orang duduk sembang pasal Olimpik Beijing lepas Euro 2008 nh…

Tapi bukan tu yang saya nak sembang kat sini. Dalam sibuk-sibuk kita berbicara pasal isu politik yang tengah hot kt Malaysia sekarang nh, saya terbaca kat blog pasal isu budak Cina yang telah mengupload video menghina negara. Sama kepala macam budak Namawee yang buat lagu Negarakuku sebelum nh. Tak faham betul la dengan budak-budak nh. Mentang-mentang “dunia tanpa sempadan” sekarang nh, pandai-pandai pulak duduk kutuk negara sendiri kat orang luar. Apa la yang budak-budak macam nh tak puas hati. Apa yang paling membengangkan bila ada yang menghantar komen kat video tu mengaitkan dengan isu agama.
“HEY!!! Dengar sini eh. Lu jangan kurang ajar eh. Jangan sampai kitorang tahu siapa lu yang menghina agama kami. Jangan kaitkan agama kami dengan apa yang berlaku kat negara nh. Lu tu lagi teruk sampai berani menghina agama kami.” Nahh..ni die monolog dalaman yang selalu terlintas dalam hatiku kalau terjumpa budak-budak yang kurang diajar nh. Nak kata BODOH kang, pandai pulak buat video bangang tu. Bagi saya, kalau pasal agama, no kompromi. ”Jangan permainkan agama kami,Islam. Kami menghormati agama kamu, so kamu perlu menghormati agama kami. Panas betul hati bila teringat pasal video tu. LU MEMANG KURANG AJAR. Kesian kawan-kawan lu yang sama agama dan kaum dengan kamu. Mereka mesti kena tempias dek kebodohan kamu nh. Pastu duduk cabar kerajaan kenakan tindakan macam isu Namawee tu. Lu pandai cakap je la. Buat tak pun. Setakat buat video pastu upload, adik gua yang berhingus pun boleh buat. Buat apa la kerajaan nak layan anjing yang menyalak bukit nh. Hey, sudah la. Bukit tu takkan tumbang sebab kamu.hahaha....”

Panjang jugak leteran aku nh...Opss...terlebih sudah..hehe..Bukan apa. Saje nak lepaskan apa yang terbuku di hati.

Dah puas dah melepaskan geram nih. Macam xbanyak isi pun.huhu..sje je nak melepaskan gian sebab lama xada post baru. Pokok pangkalnya, dalam hal ini, saya cuma ingin cuba mencuit sedikit pemikiran kita semua tentang apa yang akan berlaku di negara kita 10 tahun ke hadapan andai kata ramai rakyat Malaysia yang sudah pandai dan berani mempersoalkan sesuatu yang tidak pernah diungkit selama ini. Andai kita tahu apa impak negatif yang akan kita tempuhi kelak, maka kita perlu la mencari satu formula yang akan menjamin kesejahteraan perpaduan yang sedia ada di negara kita agar tidak timbul lagi perkara-perkara negatif seperti ini.


(p/s; teringat ayat suci dari Al-Quran untuk tatapan rakan seislamku

Surat AL-KAFIRUN

Teks Ayat

Katakanlah:"Hai orang-orang kafir!" [1].aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.[2] Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah.[3] Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.[4] dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah.[5] Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku.”[6])

Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails