Saturday, August 23, 2008
Hukum Penarikan-Law Of Attraction
Mungkin anda tidak faham apa yang di maksudkan dengan hukum penarikan ini-Law Of Attraction. Sebenarnya bagi saya, ini adalah istilah yang sengaja diwujudkan untuk menerangkan suasana yang mempunyai kaitannya dengan konsep / fitrah semulajadi dalam kehidupan seharian kita. Mungkin anda masih kurang faham tentang apa yang dibacarakan sekarang. Tapi, insyaAllah saya akan cuba menceritakan sedikit apa yang saya tahu mengenai hukum ini berdasarkan pengalaman dan pendapat saya.
Hukum graviti. Adakah anda faham sepenuhnya tentang graviti? Bagaimana ianya berlaku? Sampai sekarang. Belum ada penjelasan khusus tentang hukum graviti ini. Tapi, hakikatnya kita merasai kewujudannya kan? Sekarang cuba korang anda ambil apa-apa yang ada di hadapan anda sekarang. Cuba lepaskan ke lantai. Barang tersebut akan jatuh kan? Ha...macam mana anda nak explain kat budak-budak tentang kejadian tersebut. Saya pasti anda menerima kejadian itu sekadar satu lumrah yang berlaku dari kecil tapi susah untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku. Wallahualam. Sama la juga yang terjadi pada hokum penarikan ini. Tapi saya bukan nak jelaskan apa penyebab berlakunya hukum ini. Allah Maha Mengetahui.
Memang cukup susah menerangkan situasi ini dan sebenarnya setiap hari kita mengalami kejadian ini. Begini, apa yang anda ada sekarang merupakan apa yang anda telah tarik sebelum ini. Mengikut karya berjudul The Secret ,anda menariknya melalui pemerhatian dan yang penting melalui fikiran. Tentu anda masih kurang faham kan. Selepas saya memahami maksud law of attraction ini, saya lebih faham tentang hukum ini setelah saya mengalami pengalaman yang dapat membantu saya menerangkan apa itu Law Of Attraction. Sebenarnya, fikiran kita akan mengekalkan apa yang kita telah fokuskan. Sebelum ini, saya berharap agar dapat memiliki sebuah motosikal yang sangat saya minati-apa yang berlaku sebenarnya adalah saya telah memberitahu pada diri saya bahawa motosikal tersebut menjadi kegemaran saya. Seterusnya minda akan merangsangnya untuk memberi gambaran jelas apa yang kita inginkan-saya secara langsung akan menumpukan pada motosikal tersebut walaupun saya rasa seperti sukar untuk mendapatkannya..hehe.. dan apa yang berlaku selepas itu adalah diri kita akan membina kronologi ke arah perkara tersebut, akan ada usaha-usaha kea rah mencapai matlamat itu.
Dalam kehidupan seharian kita pun banyak berlaku perkara-perkara seperti ini. Contohnya, bila kita ingin bangun awal keesokkannya, ada yang mencadangkan supaya kita menepuk bantal dan meminta di kejutkan keesokannya dan ada juga yang sekadar set saja pukul berapa dia akan bangun besok pagi. Akhirnya, kita akan bangun lebih kurang dengan waktu yang telah ditetapkan. Begitulah Law Of Attraction yang banyak perkaitannya dengan fikiran kita. Itulah kuasa minda kita. Apa yang fikirkan samaada baik atau buruk akan menjadi fokus utama dalam fikiran anda. Jika anda fikir sesuatu keadaan itu buruk, anda cuba sebenarnya menjadikan ianya sesuatu yang buruk. Contohnya jika anda terlalu memikirkan tentang kebencian anda terhadap peperangan, anda sebenarnya menumpukan kepada peperangan dan perkara itu(isu peperangan) akan sentiasa men’hantui’ anda seterusnya membawa kesan yang negatif kepada diri anda dan komuniti sekeliling anda. Lebih baik anda menumpukan tentang kempen-kempen kedamaian dari memfokuskan tentang peperangan dan secara automatik kedamaian itu akan membawa anda kepada satu nilai positif seperti rasa kesyukuran dengan apa yang ada sekarang dan banyak lagi.
Dalam video the secret juga ada menerangkan bahawa apabila kita meminta/berharap mendapatkan sesuatu, akan ada suatu kuasa yang dapat mendengarkannya dan seluruh tenaga di alam ini akan di tarik kepada anda.hehe...macam cerita dragon ball la pulak. Apa yang saya faham adalah apabila kita memikirkan sesuatu dengan mendalam, memang ada yang mendengarnya, dan mengikut pandangan peribadi saya, bagi seorang yang beragama Islam, saya yakin bahawa Allah S.W.T yang mendengar permintaan hambaNya. Dan seterusnya membawa kita untuk menyusun kronologi untuk mencapai sesuatu objektif yang pada mulanya hanya dicetuskan oleh kuasa minda kita sendiri.
Labels:
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya hendak bertanya, adakah anda berjaya dengan praktikal Hukum Penarikan ini? Adalah sangat baik jika anda boleh membuktikannya. Berapa lama masa yang anda ambil untuk mendapatkan sesuatu? Apakah kaedah manifestasi yang anda lakukan setiap hari bagi menarik benda yang anda mahukan? Bagaimana anda menetapkan fokus minda kepada benda yang anda kehendaki? Saya juga pengkaji dan pengamal Hukum Penarikan ini, ianya nampak mudah sebenarnya ia memerlukan komitmen yang bukan sedikit dan ramai yang gagal sebab adakalanya kita melepaskan sama energi yang tidak sepatutnya.
ReplyDeletesaya tidak terlalu mendalami secara khusus seperti rakan-rakan saya. Cuma saya memahami hukum ini dengan menghayati video "The Secret" dan mengaitkannya dengan kekuasaan Ilahi. Saya mempraktikkannya melalui teknik visualisasi/imaginasi setiap hari. Saya membayangkan bahawa saya sudah memiliki barang yang saya inginkan.Dan Alhamdulillah saya sudah memiliki barang tersebut.pelbagai lagi fenomena yang saya sudah alami seperti ini.Tetapi perlu diingatkan juga bahawa bukan semua yg kita impikan akan dapat kita perolehi.Semuanya adalah dengan izin Allah dan usaha kita.Komitmen kita pula perlulah lebih jitu agar kita dapat membina kronologi untuk mencapai apa yang kita impikan.Wallahualam.
ReplyDeleteaku ingin berkongsi pengalaman aku ,baru malam tadi aku tgk video secret dan dari situ aku mulai tersedar yg apa yg aku miliki pada masa kini mmg pernah diidamkan pada masa dulu dan sewaktu menonton video tersebut baru aku sedar keinginan secara kerohanian utk memiliki superbike pernah aku terapkan secara positif tanpa rasa putus asa, kekuasaan allah telah menunjukkan aku ke jalan yg menuju ke arah itu tanpa ku sedari inaya membawa aku kepada target itu dalam masa 7bulan, aku tak bohong, waktu itu aku mmg terdesak nakkan superbike itu sedangkan tunai yg aku ade cuma 12ribu hennget saje, nak tau tak yg aku beli superbike tu cash harga 70k,selepas aku tgk video tu aku macam tak percaya dan setelah aku mengamati pada apa yang aku miliki mmg ternyata mmg aku ade mengidamkannya suatu hari dulu, bende ni mmg kene positif dan jgn menyerah kalah
ReplyDeletehmm..bagus la kalau macam 2...pengalaman kamu lebih kurang seperti apa yang aku hadapi sebelum ini...dan yang penting azam kita kena kuat..InsyaAllah, Dia akan membantu kita dengan kuasaNya yang tiada tandingan...praktikkkan dalam kehidupan seharian..PRACTICE MAKES PERFECT..huhu
ReplyDeleteYOUR WISH IS MY COMMAND
ReplyDeletesalam alhamdulilah memang menjadi la hukum penarikan ni
ReplyDeletesepanjang ana mencuba dan mempraktikkan memang menjadi. semuanya dengan izin ALLAH
Alhamdulillah...Kuasa Allah tiada tandingannya..
ReplyDeleteFirman Allah yang bermaksud :
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu...” (Surah Gahfir, ayat 60)
Wallahualam
salam baru2 ni pun menjadi gak lagi
ReplyDeletesemalam ada cabutan bertuah then saya juz bayangkan jew tak sampai seminit then rezeki saya number saya disebut cuma saya tak taw kaedah yang betul untuk amalan LOA nie
bagi saya,amalkan konsep visualization setiap hari untuk sesuatu yang anda hajatkan...bagi satu semangat ke arah mencapainya..InsyaAllah jika betul caranya, tuhan akan membantu anda...
ReplyDeletewahhh terbaikkk
ReplyDelete