Wednesday, August 27, 2008

Nilai sebuah persahabatan


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.


Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..
Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana
dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan
menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah,
agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan
harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
Kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah
yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu..
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.

3 comments:

  1. salam..good issues n keep it up!alhamdulillah for everything that u did in order to protect Islam.

    ReplyDelete
  2. mmg betul..kadang2 kite nmpk org tu happy go lucky..tapi sebenarnye org ni lah yg mudah tersentuh hatinya, sensitif...kadang2 kite menjadi pendengar setia kpd masalah kwn2...tapi,kite xtau dan xyakin adakah kwn2 juga blh jadi pendengar yg setia mcm kite? mmg hati manusia itu rapuh..asyik fikirkan tentang kepentingan sendiri..perasaan die sendiri...tapi, macam mana nk menyedarkan org2 yg asyik pentingkan diri sendiri, perasaan sendiri ni? macam mana pula kite nk yakin kan org yg kite adalah pendengar yamg setia? berilah peluang untuk kwn2 meluahkan perasaan die..kdg2 kwn2 xsedar yg sebenarnya marah, sedih, kecewa juga adalah perasaan yg mesti dilepaskan..diluahkan..bukan berita yg membawa kpd gelak ketawa dan senyuman shj..=]

    ReplyDelete
  3. hmm..memang dah menjadi lumrah kehidupan.bukan semua yang terbuku di hati kita dapat difahami oleh orang lain..apa yang dapat kita lakukan adalah berdoa.berdoa padaNya agar kita sentiasa mendapat ketenangan dan berdoalah agar kawan2 kita akan selalu disamping kita seperti yang kita lakukan.Jadilah diri kita sepertimana yang kita ingin orang lain lakukan kepada kita

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails