Friday, December 26, 2008

Pluto bukan sebuah planet lagi

Pada 24 Ogos 2006, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang berkumpul di Prague telah mengadakan perhimpunan dan mengeluarkan satu resolusi melalui undian yang menyatakan status terbaru tentang Pluto dan definisi planet kecil (dwarf planet). Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) yang dihadiri oleh 2,500 pakar astronomi tersebut secara rasminya telah menuruntarafkan Pluto daripada sebuah Planet menjadi sebuah planet kerdil. Salah satu alasan yang dikemukakan ialah Pluto tidak memiliki orbit yang dominan seperti planet-planet lain.

Kesiannyerr...huhu

Dengan kenyataan yang telah dikeluarkan tersebut bermakna hanya terdapat lapan planet sahaja di dalam Galaksi Bimasakti buat masa ini iaitu;

1. Utarid (Mercury)

2. Zuhrah (Venus)

3. Bumi

4. Marikh (Mars)

5. Musytari (Jupiter)

6. Zuhal (Saturn)

7. Uranus

8. Neptun (Neptune)

SISTEM SURIA TERKINI

ERIS PUNCA PLUTO DITURUNTARAFKAN?

Sebuah planet kerdil baru yang kini dinamakan Eris, terletak amat jauh daripada matahari dikatakan menjadi punca penyingkiran Pluto sebagai planet ke-9 sistem suria. Terdapat beberapa info yang saya dapat mengenai Eris;

1. Punca penyingkiran Pluto sebagai planet ke-9 sistem suria.

Penemuannya mencetuskan debat apakah takrifan sebenar sebuah planet kerana ada di antara para astronomi berpendapat Eris sepatutnya disenaraikan sebagai planet ke-10 kerana lebih besar daripada Pluto.Namun, pihak lain sebaliknya berpendapat yang Pluto tidak layak pun digelar planet kerana saiznya yang terlalu kecil.

  1. Berukuran 115 kilometer lebih lebar daripada Pluto adalah yang paling jauh dalam sistem solar.

  1. Namanya ditukar dari Xena kepada Axis yang bermaksud “kekalutan” sempena nama dewi Greek.

Saintis yang menemui Eris, Michael Brown dari Institut Teknologi California menyifatkan nama Eris itu sesuai, biarpun sebelum ini menamakannya ‘Xena’ sempena siri televisyen popular Xena:Warrior Princess. Mitos Greek menyatakan Eris adalah punca pergaduhan di kalangan dewi yang mencetuskan Perang Trojan. Dalam realiti, Eris turut memaksa saintis berbalah mengenai takrifan sebenar planet yang membawa kepada penyingkiran Pluto.

  1. Eris sebelum ini dikenali sebagai 2003 UB313.


Image above: This artist's concept shows the planet catalogued as 2003UB313 at the lonely outer fringes of our solar system. Our Sun can be seen in the distance. The new planet, which is yet to be formally named, is at least as big as Pluto and about three times farther away from the Sun than Pluto. It is very cold and dark. The planet was discovered by the Samuel Oschin Telescope at the Palomar Observatory near San Diego, Calif., on Jan. 8, 2005. Image credit: NASA/JPL-Caltech


Image above: These time-lapse images of a newfound planet in our solar system, called 2003UB313, were taken on Oct. 21, 2003, using the Samuel Oschin Telescope at the Palomar Observatory near San Diego, Calif. The planet, circled in white, is seen moving across a field of stars. The three images were taken about 90 minutes apart

Kini, Pluto telah menjadi sebuah planet kecil (dwarft planet) bersama-sama dengan Eris , Ceres, dan Makemake. Dan fakta terbaru, Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) telah menemui satu lagi planet kecil yang dinamakan Humae. Sehingga tahun 2008, terdapat lima planet kecil ( dwarft planet ) yang telah dikenalpasti. Eris , Pluto, Ceres, Makemake dan Humae.

Humae.

Selepas Pluto disingkirkan, dikatakan beratus-ratus saintis mengedarkan petisyen membantah keputusan itu. Sejak berkurun-kurun lamanya Pluto dikenali sebagai sebuah planet dan kini ia hanya sebuah planet kecil. Pembaharuan tentang fakta Pluto sebagai planet kecil ini telah menyebabkan beberapa bidang terutamanya bidang pendidikan terpaksa meneliti balik silibus berkenaan dengan sistem suria ini. Di Malaysia, saya belum pasti lagi. Kekhilafan kita tentang fakta terbaru itu jelas menunjukkan bahawa pendirian ilmu kita sebagai manusia pun masih tidak tetap dan terbatas. Walaupun kita adalah khalifah istimewa dan berakal di bumi ini, ilmu kita tetap tidak dapat menandingi Pencipta kita dan juga sekalian alam yang Maha Mengetahui. Allahuakbar.

Wallahualam.



Saturday, December 20, 2008

KIDAL

Definisi

Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk. melakukan berbagai tugasan. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).



Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.

Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.




Fakta menarik

1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.


Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : "Saya khautir membuat kesalahan." Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : "Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.". Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.

"Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bagian otak kirinya lebih dominan," jelas Lynn.




TOKOH-TOKOH KIDAL

1. Presiden Amerika Syarikat

I. James A. Garfield (1831-1881) 20th

II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st

III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd

IV. Gerald Ford (1913- ) 38th

V. Ronald Reagan (1911 - ) 40th

VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st

VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd

VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )


2. Tokoh ternama

v Aristotle (Ahli falsafah)

v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),

v Isaac Newton (saintis)

v Albert Einstein (saintis)

v Henry Ford Jr., (automobil)

ALBERT EINSTEIN

Ramai lagi tokoh kidal yang terkenal.klik kat sini



KELEBIHAN DAN KEKURANGAN

1. Kesukaran bagi individu kidal:

Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.


Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.


Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

  • Pengurusan
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Kerjarumah/surirumah
  • Pelajar




2. Kelebihan bagi individu kidal:

Tulisan Arab:

· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.


Kreativiti:

· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :

· Bentuk kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.


“Adaptability:

· Because their world is dominated by right-handed products, lefties are much more easily adaptable to right-handed tools and utensils than righties are to left-handed products. This can be helpful if a lefty breaks his dominant arm and is temporarily unable to use it.”


Peperangan :

· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.

· Kebanyakan pahlawan kidal terpaksa berlatih pedang dengan pahlawan tangan kanan. Oleh itu, mereka bersedia bertempur dengan pahlawan tangan kanan manakala majoriti pahlawan tangan kanan tiada persediaan menentang pahlawan kidal.

Individu kidal dipercayai mempunyai kelebihan dalam aspek:

a) Teknologi Maklumat

Bill Gates


b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )

Saidina Umar Al-Khattab

Julius Caesar,

Alexander the Great,

Napoleon Bonaparte dan Isterinya,

Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan

Michelangelo Buonaroti,

Beethoven

Selebriti

Oprah Winfrey

Amitabh Bachchan

Tom Cruise

Charlie Chaplin

Nicole Kidman

Marilyn Monroe

Angelina Jolie

Keanu Reeves

Sylvester Stallone

Asmawi bin Ani( Mawi )

Man Kidal


d) Sukan

Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)

Diego Armando Maradona (Bolasepak)

Lieonel Messi (Bolasepak)

Rafael Nadal (Tenis)

John McEnro (Tenis)

Lin Dan (Badminton)

Valentino Rossi (Lumba motosikal)



Rumusan

  1. Secara kasarnya sekitar 10-15% drp. penduduk dunia adalah kidal.

  1. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yg. juga kidal.

  1. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yg. dpt. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yg. mengaitkan orang kidal dpt. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

  1. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yg. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

  1. Hari istimewa utk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yg. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.(ni budaya orang barat-tak perlu ikut..huhu)

  1. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

  1. Individu Kidal, Individu Elastik

Disebabkan individu kidal terpaksa menggunakan pelbagai barangan untuk orang biasa (tangan kanan), mereka terpaksa menyesuaikan diri dalam semua keadaan agar dapat menggunakan sesuatu kemudahan seperti orang bertangan kanan. Akhirnya, mereka dapat menyesuaikan diri dalam semua kerja walaupun dengan gaya kerja yang sedikit berbeza. Dan disebabkan itu juga menjadi faktor orang kidal hidup 9 tahun lebih pendek dari orang dengan tangan kanan secara puratanya.

  1. Lebih 2,500 orang kidal mati setiap tahun akibat menggunakan barangan yang dibuat untuk orang yang menggunakan tangan kanan.


Ni beberapa artikel yang aku dapat selepas beberapa hari aku study pasal benda ni…haha.Apa yang pasti, semua kat atas ni adalah dari kajian manusia semata-mata. Samaada ianya benar atau tidak terpulang pada diri kita sendiri. Yang penting,tak kira la tangan kidal atau tidak,bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana tuhan telah menjadikan kita sebaik-baik kejadian. Alhamdulillah

Saja je aku nak publish post pasal kidal ni sebab aku pun seorang kidal. Adik aku yang nombor tiga pun kidal. Apa yang aku perasan, kitorang memang minat sangat melukis berbanding adik beradik yang lain. Dan masa aku terpilih belajar dalam kelas aliran kejuruteraan waktu tingkatan empat pulak, ramai kawan aku yang kidal pun terpilih masuk kelas ni. Selepas aku dapat masuk sekolah asrama penuh,aku dapat tahu yang diorang merupakan best student untuk subjek kejuruteraan. Ada beberapa ulasan yang aku boleh simpulkan.

Orang kidal pintar?

Memang ramai individu kidal yang tersohor tetapi kepintaran mereka bukan kerana kidal tetapi kerana mereka menggunakan 80%-90% otak. Mengikut pendapat aku, individu kidal bukan sahaja menggunakan otak kanan secara maksima,tetapi juga menggunakan otak kiri lebih banyak dari orang biasa yang menggunakan otak kanannya. Orang kidal menggunakan lebih banyak bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga melakukan beberapa kerja menggunakan tangan kanan selain menggunakan tangan kiri mereka dan secara automatik mereka menggunakan kedua-dua belah bahagian otak lebih dari orang kebiasaan. Bukan semua kidal tu pandai tapi yang pasti, tak kira kidal atau tidak, kalau malas buat kerja pun, dua kali lima je..huhu.

Makan tangan kiri?

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Aku rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu kan? Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.


“only left-handed are in their right minds”



Friday, December 19, 2008

Mimpi Ular-Pasangan hidup?

Assalamualaikum w.b.t buat semua,

Post kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang tafsiran mimpi mengenai ular. Tiba-tiba terdetik hati pulak nak tahu pasal tafsiran mimpi mengenai ular bila tengok post seorang dari blogger kita nih. Lagipun sebelum ni,aku selalu je mimpi pasal ular. Mula-mula buat-buat tak layan je. Pastu bila dah banyak kali mimpi pasal ular,aku pun try la cari tafsiran tentang mimpi ni. Puas aku cari buku pasal tafsiran mimpi, saje nak tengok tafsiran die. Nak kata percaya tu,tak la sampai 100% percaya. Lagipun ramai orang cakap mimpi ni mainan tidur je kan.huhu...pasal mimpi ular ni, aku selalu mimpi kena patuk pastu mimpi banyak ular keliling tempat tidur aku. Memang takut gile. Tuhan je yang tahu. bukan sekali kena macam tu. aku pula memang takut sangat dengan makhluk tuhan yang satu ni.Aduihh..cari punya cari,aku jumpa la tafsiran mimpi pasal ular ni.ni tafsiran die

Tafsiran mimpi mengenai ular :

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular
yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.


Wah..terkejut juga bila tengok tafsiran mimpi ni..ingatkan petanda buruk.kalau petanda buruk,aku akan cuba meyakinkan diri yang mimpi hanya mainan tidur..haha..rupa-rupanya ada kaitan tentang pasangan hidup.banyak buku tafsiran yang tulis akan dapat pasangan yang baik dan pasangan kita tu dah ada depan mata.lagi bertambah gembira la hidup aku.

Tapi yang peliknya,bila aku dah tau pasal tafsiran mimpi pasal ular ni, aku langsung dah tak mimpikan ular yang aku "harapkan" ni..haha.sedih2..

Pastu aku pun terfikir semula pasal tafsiran sebenar tu. Siapa la tak gembira kalau dapat pasangan yang baik kan, tapi layak ke aku kalau dapat pasangan yang solehah. Cerita yang aku kongsikan kat atas ni bukan isu utama yang aku ingin huraikan. Teringat pada ungkapan yang sering kudengar.

"Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w".

Tersentak aku seketika. Kegembiraan aku tadi akhirnya membawa aku menelusuri segenap hati aku untuk mencari kembali dan menilai diri aku dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang aku harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk aku di Luh Mahfuz lagi?sedangkan aku sendiri tidak pasti adakah aku layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah?

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."-Surah An-nur, ayat 26.

Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan "perompak" pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan. Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin.Sekian.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34)
Wallahualam.

(p/s:kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur...hehe)


Bush dan Kasut terbang


Muka pujaan ramai dan hero dunia, BuSHoes telah menjadi sasaran terbaru penembak tepat Iraq menggunakan senjata jenis kasut..haha..iklan je ni.
Baru-baru ni Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq, Muntadhar al-Zeidi . Malangnya, si Bush ni sempat mengelak. Kalau tidak, boleh la Bush bawa balik "CEDERAmata" ke Amerika.haha..memang patut pun si Bush ni digelar anjing oleh wartawan tu. “Inilah ucapan selamat tinggal untuk anda, anjing,” kata wartawan tersebut kepada semasa melemparkan kasut ke arah Bush. Keberanian Al-Zeidi jelas menggambarkan kebenciannya terhadap manusia yang berlagak "polis dunia" ini dan semua orang terutamanya rakyat Iraq menyokong tindakan berani wartawan tersebut.

Keberanian untuk mendorongnya membaling kasut tersebut disebabkan oleh kekejaman yang telah dilakukan oleh Amerika di bawah pimpinan Bush ke atas bumi Iraq selama ini. Keegoan Bush yang sebelum ini disanjung oleh sesetengah pihak termasuk pemimpin, pak-pak Arab yang pengecut akhirnya telah dimalukan dengan sepasang kasut sahaja. Presiden yang hanya berselindung di sebalik 'kedamaian' ini telah dimalukan kerana "jasabudi"nya terlalu banyak dibumi Iraq yang telah "ditakluk" Amerika sejak 20 Januari 2001 lagi. Ada orang cakap yang Obama menjadi dalang kepada kes ini...haha.melawak je. Yang penting, pesanan pada Obama, jangan cari pasal. Kalau tak,"beware of shoes"...huhu

Selepas dari insiden tersebut, bermacam-macam isu berkaitan dengan kasut telah menjadi bualan hangat termasuk la game. Aku ada jumpa dua game baling kasut ke arah 'anjing ni'. Jom kita practice..huhu...

Latest GAMES !!!
klik sini atau sini untuk bermain

Berita yang terbaru menyatakan Muntadhar al-Zeidi telah dibelasah teruk oleh pegawai keselamatan Iraq. Beliau cedera patah tangan dan tulang rusuk. Ramai penduduk Iraq telah berkumpul dijalanan agar 'hero' mereka dibebaskan.


Sumber memetik " An Iraqi journalist who hurled his shoes at U.S. President George W. Bush Meanwhile, hundreds took to the streets yesterday for a second day to demand the release of Muntadhar al-Zeidi, who gained folk hero status when he hurled both his shoes at Bush during a news conference Sunday in Baghdad. The U.S. military said al-Zeidi was in the custody of the Iraqi military, but a spokesman for the Iraqi defense minister denied this and said he had no knowledge of al-Zeidi's condition. TV reporter al-Zeidi, who called Bush a "dog" at a news conference with Iraqi Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, was in a hospital in the heavily fortified Green Zone in Baghdad, his brother Maitham al-Zeidi said. "All that we know is we were contacted yesterday by a person -- we know him -- and he told us that Muntazer was taken on Sunday to Ibn-Sina hospital," Maitham al-Zeidi said. "He was wounded in the head because he was hit by a rifle butt, and one of his arms was broken," he added, according to Reuters. The brother declined to identify the source of the information and his comments could not be independently verified. Asked about the brother's remarks, various Iraqi officials denied having responsibility for the case. in a fit of outrage was hit in the head with a rifle butt and had an arm broken in chaotic scenes when he was leapt on by Iraqi security officers, his brother said yesterday."

Semoga 'hero' Iraq ini selamat.
p/s : "Please dont try this at home. At Iraq,ok..."
haha.

Monday, December 8, 2008

Salam Aidiladha

Mari sama-sama kita berkorban sepenuh jiwa raga kita demi Islam tercinta. Marilah kita menggembeling keringat ke arah amar makruf nahi mungkar dan berada dalam satu landasan agar dapat menjamin survival ummah.
Salam Aidiladha buat semua muslimin muslimat di seluruh dunia.
Allahhu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar Walillahilham....
sejarah qurban

Friday, December 5, 2008

Tahukah Anda?

Einstein yang hanyalah seorang kerani am sebelum mengubah persepsi dunia sains dengan teori-teori sains terpenting di abad ini.

Stephen Hawking seorang ahli saintis yang terunggul abad ini dengan penemuan teori Big Bang walaupun lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.

J.K Rowling ialah seorang ibu tunggal yang hanya menetap di flat kos rendah sebelum menjadi billionaire.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang merupakan anak melayu terkaya di Malaysia dan dianggarkan memiliki RM 2 billion hanya berpendidikan sehingga ke tingkatan 5 dan bermula dengan membantu ibunya menanam dan menjual sayur.

Morris Goodman ‘Miracle Man’ yang sudah lumpuh akibat nahas kapal terbang yang lumpuh sepenuhnya untuk dapat berjalan semula.

Ludwig van Beethoven seorang komposer terkenal di dunia yang banyak menghasilkan lagu-lagu yang masih didengari sehingga kini ialah seorang yang pekak.

Mendiang Lim Goh Tong yang hanya membawa RM 2 dari Tanah Besar China dan datang ke Tanah Melayu akhirnya menjadi antara 10 orang terkaya di Malaysia.

Donald Trump menanggung hutang peribadi sebanyak 900 juta usd dan hutang perniagaan hampir 3.5 billion usd pada krisis ekonomi 1990 sebelum dia bangkit dan bebas dari hutang tersebut dan seterusnya menjadi billionaire.

Ramai lagi orang-orang hebat dalam setiap bidang , yang pernah hidup dalam sejarah manusia.

Tahukah anda yang anda tidak ada bezanya dengan mereka.Tidak kira siapa sahaja anda atau apa sahaja latar belakang anda , tidak penting.

Percayalah kata-kata ini “ anda tiada bezanya dengan mereka , kita serupa “

Nikmatilah Kehidupan Anda

Sekumpulan alumni yang mempunyai kedudukan dan tahap yang tinggi dalam
kerjaya mereka membuat perjumpaan di rumah professor yang mengajar
mereka di Universiti dahulu.

Mereka berbual-bual dalam berbagai topik dan perbualan itu bertukar
kepada rasa "stress" atau tekanan yang mereka hadapi di tempat kerja
ataupun kehidupan mereka.

Professor mereka masuk ke dapur dan kembali semula dengan sebuah teko
besar berisi kopi dan bermacam jenis cawan dan gelas. Ada yang diperbuat
dari porcelain, plastik, kaca, kristal. Ada yang kelihatan biasa dan ada
yang kelihatan mahal.

Professor itu menyuruh mereka menuang sendiri kopi tersebut.

Setelah semua anak muridnya mengambil kopi masing-masing, professor itu
berkata:

"Jika anda semua perasan, semua cawan yang cantik dan mahal telah
diambil meninggalkan cawan yang biasa dan kelihatan murah. Adalah
keadaan yang biasa anda semua mahukan yang terbaik dalam hidup anda
tetapi itulah punca kepada masalah dan "stress" yang anda semua hadapi"

"Apa yang sebenar anda perlukan adalah kopi, bukan cawannya tetapi anda
sendiri telah memilih untuk menganbil cawan yang terbaik. Dan lebih
teruk dari itu, anda memerhatikan cawan yang diambil oleh orang lain."

Kehidupan adalah kopi, kerjaya, wang dan kedudukan anda dalam masyarakat
adalah cawan tersebut. Cawan itu hanyalah alat untuk mengisi
kandungannya iaitu kehidupan. Kehidupan tidak berubah hanya alatnya yang
berubah.
Kadangkala kita terlalu fokus kepada cawan yang kita pegang hingga kita
gagal untuk menikmati kopinya.

Nikmatilah kehidupan yang ada...


sumber ; http://www.mesra.net

Thursday, December 4, 2008

Foto-foto perkahwinan

Baru-baru ni ayah aku dan aku baru je selesai ambik gambar untuk majlis perkahwinan jiran aku. Takut jugak bila diminta ambil gambar pengantin ni. Al-maklum la majlis penting ni. sekali dalam seumur hidup & aku pula first time jadi wedding photographer. Tapi takpe, pengalaman..huhu...Kitorang guna dua kamera. Aku guna Sony H Series - DSC-H9/B & ayah aku guna Kamera baru dia, Sony Digital SLR Camera - DSLR-A200K. Memang jauh beza la kamera yang aku guna dengan yang ayah aku. Tengok harga pun dah tau.haha.


Sony H Series - DSC-H9/B

ni yang aku guna. yang ayah aku kat bawah ni. Gambar lens tak di upload.

Sony Digital SLR Camera - DSLR-A200K

Lepas dah selesai ambik gambar, aku pun edit la sikit-sikit bagi nampak cantik. Sebelum ambik gambar ni, aku dah wat homework sket camne gaya fotografi yang orang selalu buat. Nampak macam senang tapi boleh tahan susah. Ini antara contoh gambar yang dah di edit.


ni front cover untuk album yang aku sediakan


Memang rumit untuk edit bagi cantik ni. Hampir 60% setiap gambar ini dah kena sunting dengan Photoshop.






Kitorang tak banyak ambik gambar outdoor sebab waktu tu cuaca hujan lebat. Terpaksa la ambik yang kat dalam banyak-banyak.


Nasib baik sempat beli Adobe Photoshop cs4, boleh jugak wat effect 3d untuk wat cincin tu




Sekian :)

Pro evolution soccer 2009


ha..aku ney peminat setia PES. so aku nak bagi sket komen tentang game favret aku ni.PES2009 memang best gile. tak sia-sia aku tunggu. kuar pulak waktu minggu exam. tapi minat punya pasal, faham-faham je la...(budak laki konfem faham).hehe...
ni serba sedikit overview tentang PES2009

Keperluan komputer :

minimum :

- Windows XP SP2, Vista
- Intel Pentium 4 1.4 GHz
- 1 GiByte RAM ( aku punye RAM 512 jerk coz lg 1 terbakar tapi still boleh je men PES ni dalam high reso.haha..nasib baek)
- 6 GB hard disk space
- GeForce FX or Radeon 9700th Pixel / Vertex Shader 2.0 and 128 MiByte VRAM.
- 800 x 600 display resolution

Mode :

1.Mode Be A Legend telah diperkenalkan.Cipta seorang pemain,bermula dari bawah (stamina,kelab,skill) dan menimba pengalaman untuk menjadi yang terbaik.

2.Champion league Mode-lebih kurang yang exhibition je cuma versi champion league(video intro Champion league dgn sket perbezaan kat bar-bar nama pemain & waktu permainan)

3.Master League ada sedikit penambahbaikan pada bahagian negotiation.

Jersi
:

1.Manchester United dan Liverpool sahaja mempunyai jersi sebenar dlm EPL.

2.Majoriti kelab dlm Liga Sepanyol tidak lagi mempunyai jersi sebenar berbanding PES08.

(p/s: jangan bimbang pasal kits ni.cari je patch pastu simpan dalam folder PES. settle..huhu. ni salah satu patch download

Overall :

1. Realistik. Tambahan aksi pemain angkat tangan minta bola. Ada tambahan Stadium Wembley.Petr Cech dah pakai sarung kepala.

2. Bunyi. Suara pengulas sama macam pes2008. Suara penonton & pemain perlahan dari PES2008. Baru la real.haha

3. Grafik. perghh..texture kat muka lagi detail. Texture kat bola sangat real.Effect blur pun lagi cantik. Lebih fokus pada pemain.

4. Menu sempoi berbanding menu pes2008 yang gempak.

5. Gameplay. lagi senang nak wat skill dan menggelecek gune butang gerakan.Cristiano Ronaldo dah tak buat skill banyak sangat tapi gaya free kick dah ada.

6. Edit mode. Tambahan fungsi untuk edit muka yang discan.boleh la letak muka sendiri dalam tu.hehe. Belum ubah lagi perpindahan yang terbaru.(pandai-pandai la ubah sendiri yerk.Januari nanti kena ubah lagi.baik tunggu patch untuk player je)

Kesimpulannya,
PES 2009 memang game bolasepak paling hebat setakat ni.FIFA 09 pun tak boleh lawan...tak rugi kalau main.opss..silap.rugi kalau tak main.

p/s; harap lepas ni Konami boleh tumpu pada grafik lagi.bagi rambut & baju nampak lagi natural..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails